Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana $20j bagi tangani cabaran berkaitan peningkatan penggunaan AI

Jul 26, 2023 | 08:16 PM



Sebuah dana bernilai $20 juta telah diperuntukkan untuk membiayai penyelidikan dalam menangani cabaran yang berkaitan dengan peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam aplikasi baru muncul.

Dana tersebut akan disalurkan menerusi dua cabaran penyelidikan atau ‘grand challenge’ yang dilancar oleh AI Singapore, dengan kerjasama Direktorat Sistem dan Teknologi Masa Depan (FSTD), Kementerian Pertahanan (Mindef) dan DSO National Laboratories (DSO).


Dalam ucapan pembukaannya semasa pengumuman dana tersebut pada Rabu (26 Julai), Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Encik Heng Chee How berkata kajian itu akan membantu dalam penggunaan AI semasa pertempuran perang dan keperluan organisasi tentera, dan juga bagi seluruh Singapura pada masa hadapan.

“Di Mindef, kami secara aktif mencari cara untuk menggunakan AI untuk memenuhi keperluan perang dan organisasi kami dengan bijak.

“Pelaburan Mindef dalam AI akan terus berkembang untuk menyokong keperluan pertahanan kita, dan keperluan negara kita yang lebih luas di mana terdapat sinergi,” kata Encik Heng.

Namun, beliau menambah terdapat beberapa cabaran dalam menggunakan AI. Ini termasuk kecenderungan AI untuk mencipta maklumat palsu atau mengelirukan berdasarkan pemahaman salah tentang soalan yang ditanya, lantas membawa kesan yang serius apabila teknologi digunakan untuk membuat keputusan kritikal

Encik Heng juga menambah bahawa Generatif AI juga boleh digunakan oleh individu jahat untuk menulis perisian hasad dan menjana berita palsu pada skala besar.

Dengan itu, amat penting untuk meneroka bagaimana AI boleh digunakan untuk menangani serangan sebegitu.

“Seperti contoh, DSO telah membangunkan alat automatik yang menyusun kedudukan dokumen yang diambil mengikut kaitan dan menggunakan rujukan bahasa semula jadi untuk menyerlahkan kemungkinan berita palsu,” kata Encik Heng.

Menurut AI Singapore, dana tersebut sasar untuk mencari penyelesaiaan dalam dua aspek.

Yang pertama, bertujuan untuk menangani kelemahan model AI dalam sistem penglihatan komputer di dalam kenderaan autonomi.

Ini bagi memastikan kenderaan autonomi dapat mengesan tanda jalan raya dengan tepat, dan elak dari digodam, agar pengguna dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

Kedua, adalah untuk meneroka bahan dan reka bentuk baru yang boleh meringankan penggunaan bahan sambil mengekalkan atau meningkatkan sifat fungsinya.

“Jika berjaya, AI bukan sahaja akan mempercepatkan penemuan bahan baru tetapi juga boleh mengurangkan kos penyelidikan,” kata Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >