Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapur-dapur kubur dirobohkan atas permintaan isteri sah si mati: NEA

Video tunjukkan wanita, dipercayai isteri kedua, menangis apabila dapur kubur suami, yang meninggal lebih setahun lalu, dirobohkan
Aug 18, 2023 | 02:04 PM



Dapur-dapur dan batu nisan sebuah kubur yang dirobohkan di tanah perkuburan Islam Choa Chu Kang telah dilakukan atas permintaan isteri sah si mati.

Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) apabila ditanya Berita Harian mengenai video yang tular menunjukkan seorang wanita menangis kerana kubur arwah suaminya dipecahkan oleh beberapa orang yang dipercayai pekerja.







Arwah suami wanita itu dikenal pasti sebagai Allahyarham Tajudin Mahmood.

BH difahamkan bahawa permintaan untuk merobohkan dapur-dapur kubur itu dibuat oleh isteri pertama Allahyarham.

Dalam video yang dirakam itu, seorang wanita, yang difahamkan merupakan isteri kedua Allahyarham, sedang duduk sambil menangis.

Dalam respons kepada BH, NEA berkata ia sedar tentang video yang tersiar mengenai monumen daripada plot kubur sedia ada di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang yang dirobohkan pada 14 Ogos 2023.

“Monumen tersebut dikeluarkan atas permintaan isteri sah arwah, yang juga berada di tapak itu bersama anggota keluarga lain untuk menyaksikan pengeluarannya.

“Pengeluaran itu dilakukan mematuhi norma budaya dan keagamaan.”

Pada waktu video dirakam, sudah 511 hari, atau lebih setahun berlalu, sejak Allahyarham meninggal dunia.

Video 41 saat itu telah dikongsi lebih 7,000 kali, dan mendapatkan lebih 240,000 ‘like’.




@touchlena

Tunggu Balasan Allah Nnti Manusia2 Zalim Berhati Yahudi Lahatullah Firaun!!! Tergamaknya Sampai Ke Tahap Pecahkan Kubur Selepas Setahun Lebih Kubur dah Siap! Kenapa Kau Tak Pecahkan Seminggu Or Sebulan Time Kubur Ni siap? Astagafirullahal a’zim Tergamaknya Kau! Ya Allah Kuatkan Aku 🤲😭 #allahuakhbar #allah #fypシ #sabar #TajLena #TouchLena #pusaraabadisingapura

♬ Yasirlana Suling Merdu - IFTAH QULUBANA

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >