Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sediakan bas ulang-alik percuma ke kubur bagi ringankan perjalanan

Jun 27, 2023 | 12:28 PM



Tidak sanggup lihat orang jalan jauh.

Itulah yang dikongsi Encik Tahir Ahmad, 56 tahun, apabila bercakap tentang dorongan menyediakan bas ulang-alik percuma.




@beritahariansg

Semasa menziarah kubur kaum keluarga sendiri, Encik Tahir Ahmad sering melihat pejalan kaki keluar dan masuk Pusara Aman dan Pusara Abadi yang jauh dari perhentian bas awam. Memikirkan cara membantu mereka, pemilik syarikat T.B.A. Transport & Aircon Services itu telah mulakan khidmat bas ulang-alik percuma ke pusara. Ikuti laporan di beritaharian.sg Video oleh Danial Fharick #sgnews #bhsg

♬ original sound - Berita Harian - Berita Harian



Semasa menziarah kubur kaum keluarga sendiri, Encik Tahir sering melihat pejalan kaki keluar dan masuk Pusara Aman dan Pusara Abadi yang jauh dari perhentian bas awam.

Tanpa perkhidmatan bas ini, orang ramai terpaksa membetis dan menghadapi cuaca panas terik.

Malah, sebelum memulakan perkhidmatan itu, beliau akan menumpangkan pejalan kaki keluar dari pusara ke perhentian bas terdekat kerana beliau tahu betapa penat berjalan keluar dari tanah perkuburan.







“Memandangkan kenderaan saya tidak digunakan pada hujung minggu, saya memilih untuk menggunakannya menghantar orang ulang-alik secara percuma,” kata pemilik syarikat pengangkutan T.B.A Transport & Aircon Services itu.

Perkhidmatan bas itu disediakan dari luar Masjid Pusara Aman dan para penumpang akan dihantar ke kawasan perkuburan yang diingini.

Bas tersebut hanya disediakan setiap Ahad pada 9 pagi, 10 pagi, 11 pagi dan 12 tengah hari. Tiada sebarang tempahan diperlukan walaupun ada penumpang yang lebih suka menelefon untuk pastikan perkhidmatan tersebut masih ada.







Para penumpang boleh mengikuti bas tersebut pulang ke masjid sekiranya mereka sudah selesai ziarah.

“Saya menziarah kubur setiap minggu dan perkhidmatan ini sangat bermanfaat. Kadang kala, teksi tak nak hantar saya ke pusara kerana takut lecak,” kata seorang penumpang bas, 58 tahun, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Norhalizah.

Bagi Cik Norhalizah dan suami, perkhidmatan bas ini juga memberi mereka keselesaan semasa menziarahi pusara.

Encik Tahir tidak mengenakan sebarang bayaran kerana beliau menganggap perkhidmatan itu satu khidmat sukarela dan ingin menepati kemampuan semua orang.

“Saya ikhlas membantu dan saya ingin ringankan beban orang lain. Saya rasa ini adalah peluang saya untuk berbakti dan cuba membantu orang lain,” jelas Encik Tahir yang pernah membesar di Kampung Berseri, berdekatan dengan pusara dan pernah bermain di kawasan itu.

“Saya tidak ada masalah memandu di kawasan ini kerana dulu saya pernah membesar di sini dan saya cukup kenal dengan selok belok sini,” jelas beliau.

Perkhidmatan tersebut disediakan sejak 2020 dan beliau menganggarkan sekitar 10 penumpang menggunakan bas tersebut pada setiap sesi dengan permintaan lebih tinggi menjelang Hari Raya Puasa.

Encik Tahir berkongsi bahawa penganut agama lain juga menggunakan basnya dan ini menjadikan beliau terharu kerana mereka kenal perkhidmatan yang disediakannya.

Beliau pernah menghantar penumpang Cina ke perkuburan Cina bersebelahan dengan pusara.

Encik Tahir berharap perkhidmatan beliau akan memanfaatkan lebih ramai orang dan mengurangkan kesukaran berjalan masuk ke kawasan perkuburan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >