Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond ganti DPM Wong sebagai pengerusi Yayasan Buruh S’pura mulai 1 Ogos

Aug 01, 2023 | 10:05 PM



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee telah mengambil alih jawatan pengerusi Yayasan Buruh Singapura (SLF) daripada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 1 Ogos 2023.

Mengumumkan perkembangan ini menerusi satu kenyataan pada 1 Ogos, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata ia yakin SLF akan terus memperkukuh sokongan bagi tenaga kerja setempat dan memperkukuh hubungannya dengan industri di bawah kepimpinan Encik Lee, yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial.

Menurut MOM, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menggalas peranan utama dalam menentukan arah strategik SLF sejak dilantik menjadi pengerusi pada 9 Jun 2018.

Beliau juga memperhalusi tumpuan SLF dalam peranan utamanya untuk menyokong pembangunan pergerakan buruh dan mempertingkat kehidupan pekerja di Singapura.

“Di bawah kepimpinannya, SLF terus memberikan sokongan kukuh kepada pergerakan buruh dengan memperluas geran untuk menyokong beberapa inisiatif,” kata MOM.

Memberi contoh, MOM berkata SLF mempertingkat sokongan bagi latohan dan pembangunan pemimpin kesatuan menerusi tajaan bagi program latihan dan pembangunan yang dijalankan oleh Institut Kepimpinan Pekerja Ong Teng Cheong.

Pendanaan SLF juga menyokong pergerakan buruh dalam usaha utama untuk mendapatkan gaji, kebajikan dan masa depan kerja lebih baik bagi pekerja, kata MOM.

Menurut MOM, Encik Wong, dalam peranan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pelaburan SLF sehingga 1 Julai, telah memimpin jawatankuasa itu supaya dapat mencapai matlamat pelaburan jangka panjang yang membolehkan SLF memperkukuh keupayaan kewangan bagi menyokong pergerakan buruh dan memenuhi keperluan pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >