Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond garis syarat jualan semula flat Plus demi kawal permintaan, mampu dimiliki

Antara syarat layak beli flat jualan semula Plus termasuk siling pendapatan $14,000
Aug 21, 2023 | 08:35 PM



Keluarga yang tidak melebihi siling pendapatan bagi layak membeli flat bina ikut tempahan (BTO) akan turut layak membeli semua jenis flat jualan semula Plus.

Siling pendapatan BTO itu kini ditetapkan pada $14,000.

Seperti flat Perdana jualan semula, hanya warga Singapura akan dibenarkan membeli flat Plus di pasaran jualan semula.

Ini adalah antara syarat jualan semula bagi model Plus baru, untuk mengawal permintaan dan memastikan rumah HDB di lokasi sedemikian masih mampu dimilik, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Beliau menyampaikan ucapan pembukaan pada perbincangan pasca-Rapat Hari Kebangsaan (NDR) dan unit maklum balas pemerintah Reach mengenai perumahan awam di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat pada Isnin.

Encik Lee berkata pemerintah telah berfikir lama tentang bagaimana memastikan flat Plus kekal mampu dimiliki warga Singapura dan bukan sahaja bagi pemilik pertama selepas flat-flat sedemikian memasuki pasaran jualan semula di penghujung tempoh penginapan minimum (MOP) 10 tahun.

Beliau berkata ini akan dilakukan melalui beberapa syarat jualan semula yang akan “mengawal permintaan dan memastikan lokasi ini boleh dimampui dan inklusif dalam jangka masa panjang”.

“Seperti flat jualan semula Perdana, hanya warga Singapura akan dibenarkan membeli flat Plus di pasaran jualan semula.

“Terdapat juga tempoh menunggu 30 bulan bagi pemilik hartanah privet yang mahu beli flat Plus dan siling pendapatan bagi pembeli jualan semula.

“Bagi flat Plus, kami akan membolehkan keluarga yang memenuhi siling pendapatan bagi rumah bina ikut tempahan (BTO) semasa untuk membeli semua flat jualan semula jenis Plus.

“Ini ditetapkan pada $14,000 buat masa ini, yang merangkumi lapan dalam 10 isi rumah warga Singapura,” jelas Encik Lee.

Siling pendapatan $14,000 ini juga dikenakan bagi bujang yang membeli flat jenis Plus di pasaran jualan semula, tambahnya.

Selain MOP yang lebih lama, pemilik flat Plus juga tidak dibenarkan menyewakan seluruh flat mereka pada bila-bila masa.

“Ini untuk memastikan pemilik menetap dalam flat sedemikian dan menghalang mereka yang berhasrat untuk “menggunakan” flat mereka untuk mendapatkan keuntungan cepat atau menyewakannya bagi hasil jangka panjang,” kata Encik Lee.

Memandangkan terdapat banyak pelarasan sistem dan operasi yang diperlukan, perubahan ini akan dilaksanakan pada separuh kedua 2024, kata beliau.

Tidak akan ada perubahan pada urus niaga 1.1 juta flat HDB sedia ada, yang akan diteruskan di bawah peraturan sedia ada.

Flat yang sudah dijual atau ditempah di bawah rangka kerja sedia ada tidak akan diklasifikasikan semula.

“Ini bermakna warga Singapura yang berada di luar siling pendapatan $14,000 masih mempunyai akses kepada 1.1 juta flat dan flat Standard sedia ada apabila mereka memasuki pasaran jualan semula,” ulas Encik Lee.

Beliau menambah bahawa model Plus memastikan flat BTO di kawasan yang baik dapat dibina dan flat-flat ini kekal mampu dimiliki bagi generasi akan datang.

Dengan perubahan-perubahan ini, Encik Lee berkata Singapura akan lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang dan melakar hala tuju perumahan awam bersama.

SYARAT JUALAN SEMULA FLAT PLUS

  • Hanya warga Singapura boleh beli flat Plus di pasaran jualan semula
  • Siling pendapatan $14,000 dikenakan bagi keluarga dan bujang
  • Kecuali pemulihan subsidi yang hanya dikenakan pada pemilik pertama, syarat lain akan dikenakan kepada pembeli berikutnya, untuk pastikan flat mampu dimilik selepas jualan pertama



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >