Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kategori baru flat BTO dialu-alukan, adil ikut keperluan pembeli: Pengamat

Namun keluarga muda mungkin bimbang tempoh inap lama
Aug 21, 2023 | 08:38 PM



Mulai separuh kedua 2024, lebih banyak subsidi akan diberikan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi pembeli yang ingin membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di kawasan perumahan yang berdekatan dengan bandar, ataupun yang berdekatan dengan lokasi yang lebih menarik.

Ini menyusuli pengumuman Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa Rapat Hari Kebangsaan 2023 pada Ahad bahawa flat-flat baru tidak akan lagi diklasifikasikan sebagai flat di kawasan matang atau bukan matang, sebaliknya akan digolongkan sebagai flat Standard, Plus dan Perdana.

Beberapa pengamat berkata mereka mengalu-alukan perubahan kepada dasar perumahan awam Singapura itu, khususnya tempoh penginapan minimum (MOP) yang lebih lama bagi flat Plus.

“Ini adalah perubahan yang menyegarkan dan kami fikir ia seperti istilah pembahagian produk, di mana ada tawaran yang berlainan bagi setiap golongan pembeli mengikut keperluan, keinginan dan bajet mereka.

“Kami percaya MOP yang lebih lama dan sekatan tambahan bagi flat Plus dan Perdana akan menyokong pemilikan rumah dan memastikan perumahan awam kekal adil dan saksama, memandangkan pembeli mendapat lebih banyak subsidi,” kata ketua pegawai eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor.

CEO ERA Singapore, Encik Marcus Chu, berkata klasifikasi baru itu adalah langkah ke hadapan yang wajar memandangkan setiap bandar sudah dibangunkan dengan infrastruktur yang baik.

“Dengan mengenakan MOP yang lebih lama bagi flat Perdana dan Plus, ia akan menghindari pembeli yang merancang untuk menjual flat BTO mereka selepas lima tahun MOP daripada memohon untuk flat tersebut.

“Ini akan meningkat peluang bagi pembeli yang benar-benar ingin tinggal di sebuah flat sekurang-kurangnya selama 10 tahun, untuk memohon sebuah rumah yang mereka mampu,” tambah Encik Chu.

Pada Ahad, Encik Lee mengumumkan bahawa di bawah klasifikasi perumahan awam baru, pembeli flat Plus akan diberi subsidi yang lebih tinggi berbanding subsidi bagi flat Standard, disebabkan kos pembinaan flat Plus yang terletak di lokasi lebih menarik di setiap kawasan di Singapura.

Namun, beberapa pengamat juga berkata dasar tersebut mungkin membawa kesan yang mencabar bagi segelintir pasangan muda yang ingin membesarkan keluarga pada masa hadapan dan menyekat pilihan mereka untuk membuat perancangan lain.

Menurut Encik Ismail, pembeli flat Plus harus menunggu lebih lama, kira-kira empat tahun untuk pembinaan dan 10 tahun MOP, berbanding flat Standard atau membeli rumah jualan semula, sekiranya mereka ingin menjual rumah mereka untuk membeli rumah lebih besar.

“Mereka harus fikir betul-betul jika mereka rancang untuk ada anak, sekolah yang ingin didaftarkan dan perjalanan perumahan mereka kerana ini semua terikat selama kira-kira 14 tahun dengan flat Plus atau Perdana mereka,” kata Encik Ismail.

CEO Mogul.sg, Encik Nicholas Mak, berkata bahawa MOP 10 tahun membebankan pembeli. Dengan mengambil kira 3.5 hingga 4.5 tahun untuk membina flat BTO, pembeli harus menunggu selama 14 atau 15 tahun daripada detik mereka membeli flat hingga akhir tempoh MOP.

“Pembeli juga mungkin terpaksa pindah rumah dalam tempoh MOP, seperti pertukaran pekerjaan atau untuk berpindah ke rumah lebih dekat dengan ibu bapa mereka yang menua. MOP yang panjang ini akan menyekat pergerakan mereka,” kata Encik Mak.

Tambahan pula, Encik Ismail berkata MOP yang lebih lama mungkin mempunyai potensi untuk mendorong pembeli memohon flat Standard yang masih mengenakan MOP selama lima tahun, dan yang tidak mempunyai sebarang sekatan jualan semula.

“Ini boleh mendorong permintaan dan memberi cabaran lebih besar bagi pembeli untuk mendapat sebuah flat Standard,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >