Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Melayu/Islam mesti terus tarik bakat muda bagi pupuk pemimpin baru

DPM Wong: MMO berperanan sediakan ruang untuk individu ke hadapan, buat sumbangan kepada masyarakat
Aug 11, 2023 | 08:28 PM



Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) mesti terus berusaha untuk menarik bakat kerana mereka adalah tempat latihan untuk kepimpinan Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Beliau berkata MMO menyediakan ruang untuk individu ke hadapan dan memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan hati mereka serta membuat sumbangan kepada masyarakat.

“Pertubuhan Melayu/Islam mesti terus berusaha menarik bakat, memberi peluang kepada pemimpin muda cuba dalam peranan yang lebih junior dan benarkan mereka mengambil alih aktiviti secara progresif.

“Ini akan memastikan MMO kekal bersemangat, memudahkan idea baru untuk menyelesaikan masalah dan membantu MMO menjadi lebih menarik bagi generasi baru,” ujar Encik Wong.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam ulang tahun ke-75 Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) di The Ritz-Carlton Millenia pada Jumaat.

Acara yang dihadiri sekitar 500 tetamu itu turut disertai beberapa Anggota Parlimen (AP), mantan presiden 4PM dan pemimpin masyarakat lain.

Memuji perwakilan lembaga pengarah 4PM yang merupakan antara yang termuda dalam kalangan MMO di sini, Encik Wong berkata:

“Semua ini menyediakan organisasi belia seperti 4PM dengan baik bagi masa depan.

“Saya ingin menyeru pertubuhan Melayu/Islam yang lain untuk turut mengkaji semula usaha pembaharuan kepimpinan mereka, untuk membawa idea dan perspektif segar.

“Pemerintah akan menyokong anda dalam usaha ini.”

Semasa majlis makan malam itu, beliau turut melancarkan aplikasi baru yang dibangunkan oleh 4PM dengan bertujuan mempermudahkan pengurusan sukarelawan dan dermanya.

Aplikasi mudah alih tersebut membolehkan relawan menemui, mendaftar dan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai peluang sukarelawan yang disediakan.

Semasa acara tersebut juga, 4PM telah menyampaikan Anugerah Mitra Gemilang kepada tujuh organisasi demi mengiktiraf kerjasama mereka dengan 4PM dalam memperkasa belia dan membangunkan masyarakat gemilang.

Tujuh organisasi itu ialah Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki, Persatuan Rakyat (PA), Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).

Dalam pada itu, mengulas tentang hala tuju 4PM, Presidennya, Encik Nassar Mohamad Zain, berkata:

“Selepas 75 tahun, hala tuju 4PM dalam masa terdekat dibahagikan kepada dua. Pertama, kita akan melebarkan sayap kita dengan rangkaian rakan-rakan badan-badan bantu diri Melayu/Islam dan bukan Melayu/Islam.

“Kedua kita akan mempercepatkan proses pendigitalan di 4PM khususnya untuk para relawan kita.”

“Buat jangka masa panjang, kita mahu memantapkan kedudukan kita sebagai sebuah badan belia yang berteraskan kesukarelawanan dengan kita akan melakukan lebih banyak lagi inisiatif baru untuk membangunkan para belia kita secara holistik,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >