Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diiktiraf Anugerah Gemilang Mendaki atas cemerlang pendidikan, kerja relawan

Nov 25, 2023 | 09:07 PM



Kerja sukarela bukan sekadar mengisi masa lapang tetapi menyemai benih cinta dalam diri Cik Radiyah Behum Mohammad Ali dan Encik Hilal Iman Mohammad untuk menyumbang kepada masyarakat.

Satu lagi persamaan antara Cik Radiyah Behum, 27 tahun, dan Encik Hilal, 25 tahun, adalah kecemerlangan mereka dalam pelajaran sehingga diiktiraf dengan tiga anugerah sekali gus iaitu Anugerah Gemilang Mendaki, Anugerah Pencapaian Akademik, dan Anugerah Mendaki di Teater Mediacorp pada Sabtu.

Acara itu diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee.

Encik Lee, dalam ucapannya, menyatakan jumlah penerima Anugerah Mendaki meningkat lebih 45 peratus dalam masa sedekad. Menurutnya, ia menunjukkan lebih ramai pelajar Melayu/Islam kini mencapai kejayaan akademik dalam bidang pengajian yang lebih rencam.

Cik Radiyah dan Encik Hilal pula adalah antara 381 penerima anugerah pada Sabtu dan dua individu cemerlang yang disampaikan dengan Anugerah Gemilang Mendaki yang mengiktiraf individu teladan dari segi Perwatakan, Kecekapan dan Kewarganegaraan.

Ketika ditemui, Cik Radiyah berkata: “Niat saya membuat kerja sukarela bukan untuk menunjuk-nunjuk, malah saya mahu memainkan peranan untuk memperbaiki masyarakat kita.”

Bekas pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central yang mengambil kursus Nitec Lanjutan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu mendapat purata mata gred (GPA) penuh, iaitu 4.0.

Cik Radiyah kini kembali bertugas sebagai pendidik di Pusat Intervensi Awal Thye Hua Kwan (THK) dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Beliau bertugas di sana sejak 2015 selepas mengambil Sijil Nitec dan berhenti seketika bagi pengajian Nitec Lanjutan. Beliau meluangkan masa membantu Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon 2 Bishan merancang dan melaksanakan kegiatan jalinan kekeluargaan untuk penduduk.


Encik Hilal pula tidak berputus asa walaupun gagal peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dua kali. Lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Nanyang itu diterima masuk kursus Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Nasional Singapura (NUS).

“Jangan berputus asa, terus percaya diri,” nasihat Encik Hilal yang menghulur bantuan kepada Krsna’s Free Meals, badan amal yang menyediakan makanan percuma kepada pekerja migran.

“Saya sedar pekerja migran menjalankan kerja sukar dan mungkin tidak mempunyai banyak wang, jadi saya membantu memasak dan menyediakan makanan untuk mereka,” ujar Encik Hilal Iman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >