Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki tubuh biasiswa baru bagi cungkil bakat baru

Jul 29, 2023 | 08:34 PM



Sebuah Biasiswa Bakat Mendaki telah ditubuhkan buat julung-julung kalinya bagi menarik bakat-bakat baru yang ingin berkhidmat dalam pertubuhan itu.

Biasiswa itu telah diberikan kepada tiga individu, dua daripadanya yang hadir, dalam acara Anugerah Mendaki pada Sabtu.

Mengulas lebih lanjut tentang biasiswa baru itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata ia satu usaha menjadikan Mendaki “bukan hanya tempat bagi meningkatkan pelajaran dan tahap pendidikan anak-anak Melayu kita”.

Bercakap kepada pihak media selepas tamat acara penganugerahan itu, beliau yang juga Pengerusi Mendaki, menjelaskan: “Ia sekaligus menjadikan tempat lebih menarik (bagi mereka) yang ingin menolong sebagai kakitangan atau pakar di dalam Mendaki.”

Beliau menambah bahawa selepas tamat pengajian, penerima biasiswa sedemikian akan berkhidmat sebagai pegawai bersama pertubuhan itu.

Antara penerima tersebut adalah Cik Humaira Safiya Mohd Helmi.

Anak sulung dalam enam beradik itu akan melanjutkan pelajaran dalam sarjana muda Kemanusiaan dan Sains di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Cik Humaira yang berusia 19 tahun itu berkata: “Biasiswa ini memberikan saya peluang untuk memperbaiki diri dan memberi impak yang positif.

“Saya juga mempunyai niat yang mendalam untuk membantu masyarakat. Jadi saya percaya dengan biasiswa ini, saya dapat mencapai impian saya.”

Beliau menambah tumpuannya adalah kepada aspek pendidikan kanak-kanak kerana beliau percaya anak-anak muda “merupakan pemangkin kepada masyarakat” agar generasi akan datang dapat diolah dengan lebih baik.

Dalam pada itu, Encik Masagos turut melahirkan rasa gembira kerana bilangan penerima anugerah bagi peringkat PSLE, GCE ‘N’, ‘O’, ‘A’ dan Program Diploma International Baccalaureate (IB) naik 17% berbanding 2022 – Anugerah Mendaki kali ini menyaksikan 150 penerima menerima anugerah dalam acara kali ini.

“Saya gembira kerana dapat meraikan lebih ramai penerima Anugerah Mendaki yang telah lulus dengan cemerlang,” jelas Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. – MUHAIMIN SUZAINI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >