Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diploma Kerja-Belajar bagi pelajar ITE diperluas

Nov 23, 2023 | 06:15 PM



Bermula 2024, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menawarkan lima lagi kursus Diploma Kerja-Belajar (WSDip), menjadikan jumlah kursus WSDip kepada sebanyak 42.

Lima kursus baru itu ialah Perakaunan; Kecerdasan Buatan (AI) dan Kecerdasan Data; Kejuruteraan Elektronik dan Komputer; Kejururawatan; dan Pengurusan Pelancongan.

Dengan tambahan bilangan WSDip itu, serta Diploma Teknikal, Iebih 10 peratus graduan ITE boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

Demikian dikatakan Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, di Majlis Tamat Pengajian WSDip ITE pada Rabu.

Majlis itu, yang menyaksikan 441 graduan dan 28 pemenang pingat, diadakan di ibu pejabat ITE. Graduan 2023 ini merupakan kumpulan graduan keempat yang menamatkan pengajian WSDip mereka.

Mengulas tentang sejarah WSDip, Dr Maliki berkata:

“Perjalanan WSDip kami bermula lima tahun lalu. Pada 2018, kami mengambil idea ‘belajar dengan melakukannya’ dan melancarkan WSDip, mempelbagaikan laluan yang tersedia bagi graduan ITE untuk memperoleh diploma yang sesuai dengan gaya pembelajaran mereka.”

Beliau turut berkongsi tentang permintaan bagi WSDip yang meningkat sejak tahun pertamanya.

“Kami bermula dengan 100 pelajar merentasi empat kursus WSDip pada 2018. Hari ini, kami mempunyai pengambilan lebih 1,000 pelajar merentasi 40 kursus WSDip.

“Ini adalah peningkatan sepuluh kali ganda dalam tempoh lima tahun sahaja,” ujar Dr Maliki.

Sekiranya terdapat minat kuat dalam kalangan syarikat dan pelajar, Dr Maliki berkata ITE boleh mengembangkan lagi pengambilan WSDip tahunannya kepada 2,000 pelajar menjelang 2030.

Beliau berkata WSDip juga telah memberikan hasil pekerjaan baik kepada pelajar ITE.

“Tinjauan kami menunjukkan graduan WSDip menyaksikan gaji mereka (berdasarkan kelayakan ITE Nitec atau Higher Nitec) meningkat apabila mereka menamatkan pengajian.

“Lebih daripada tujuh dalam 10 graduan kekal di syarikat mereka selepas tamat pengajian, kerana mempunyai peluang pembelajaran dan pembangunan kerjaya yang baik, yang ditawarkan syarikat mereka.

“Bagi beberapa kumpulan graduan pertama yang telah tamat pengajian, tinjauan kami menunjukkan median gaji graduan WSDip adalah setanding dengan graduan daripada program diploma politeknik sepenuh masa,” kongsi Dr Maliki.

Tambahnya, selain menambah bilangan kursus WSDip, pemerintah juga sedang mengkaji cara membantu graduan ITE yang lebih muda untuk meningkatkan kemahiran, memperolehi diploma, dan membiayai kos mengambil diploma.

Butiran lanjut akan dikongsi pada Belanjawan dan Jawatankuasa Perbekalan 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >