Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng adakan lawatan kerja ke Switzerland, Jerman

Jun 25, 2023 | 07:33 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, mengadakan lawatan kerja ke Switzerland dan Jerman dari 25 hingga 30 Jun 2023.

Sebagai sebahagian daripada lawatan kerja itu, Encik Heng yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, akan menyampaikan ucapan pembukaan di forum Point Zero 2023 pada Isnin di Zurich.


Forum tersebut dianjurkan bersama oleh Sekretariat bagi Kewangan Antarabangsa Switzerland dan Elevandi, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk memupuk dialog terbuka antara sektor awam dengan privet untuk memajukan teknologi kewangan (fintech) dalam ekonomi digital.

Encik Heng akan melancarkan forum itu bersama Ahli Majlis Persekutuan Switzerland, Cik Karin Keller-Sutter, yang juga merupakan Ketua Jabatan Kewangan Persekutuan.

Beliau juga akan bertemu dengan pemimpin perniagaan kanan dan institusi pengajian terkemuka di Switzerland.

Di Munich, Jerman, pula, Encik Heng akan bertemu dengan wakil kanan syarikat terkemuka Jerman dalam bidang inovasi dan perkilangan canggih, serta membincangkan isu utama berkaitan ekonomi global.

Dalam pada itu, beliau juga akan melawat Universiti Teknikal Munich (TUM) untuk menghadiri Hari Keusahawanan TUM 2023 dan bertukar-tukar pandangan dengan pucuk pimpinan institusi penyelidikan terkemuka Jerman dalam bidang seperti teknologi kuantum.

Encik Heng akan disertai pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri, Yayasan Penyelidikan Nasional, Kementerian Ehwal Luar (MFA), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dalam lawatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >