Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Rangka kerja pelbagai hala diperjuang mendiang LKY kekal relevan

Oct 04, 2023 | 08:04 PM



Hubungan kukuh antara Singapura dan Asean serta negara besar lain merupakan hasil wawasan mantan Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, yang telah menekankan pentingnya hubungan pelbagai hala yang baik antara negara.

Meskipun persekitaran politik global hari ini telah banyak berubah dan semakin sukar untuk dikawal, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata rangka kerja hubungan pelbagai hala yang berasaskan undang-undang global yang dilakar dan diperjuang mendiang Lee kekal sebagai huraian praktikal bagi semua negara – besar atau kecil – dalam menghadapi cabaran masa depan.

Encik Heng berkata demikian dalam satu sesi dialog di Sidang Puncak Masa Depan Asia anjuran SPH Media di Hotel Ritz-Carlton pada Rabu.

Selain Encik Heng, anggota panel sesi dialog berjudul Reflecting on Lee Kuan Yew’s Contributions to the Development of Asia and Global Relations itu terdiri daripada mantan Perdana Menteri Australia, Encik John Howard, dan mantan Presiden dari Taiwan, Encik Ma Ying-Jeou.


Dalam menyampaikan ucapan pembukaannya semasa sesi dialog tersebut, Encik Heng berkata sebagai seorang yang bersikap “pragmatik berkaitan isu geopolitik”, langkah membina rangka kerja pelbagai hala berasaskan undang-undang merupakan antara keutamaan mendiang Lee sejak kemerdekaan Singapura.

Menurut Encik Heng, platform Forum Negara Kecil (Foss) – yang dimulakan Singapura pada 1992 untuk memberi suara lebih besar kepada negara kecil dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – telah membuka peluang melakar rangka kerja hubungan pelbagai hala antara negara.

“Ini telah membantu menetapkan laluan ke hadapan bagi pembangunan dan kemakmuran Asia, membolehkan negara bekerjasama dengan kuasa luar berdasarkan rangka kerja pelbagai hala yang berasaskan undang-undang.

“Ini merupakan sumbangan mendiang Lee dalam bidang pembangunan Asia dan juga pembangunan dunia. Pada pendapat saya, ini kekal praktikal dan ia tetap dimanfaatkan hingga sekarang.

“Semua negara, besar atau kecil, perlu terus melakukan demikian untuk maju ke hadapan dan mempertingkat mutu hidup rakyat serta mencapai keamanan dunia,” kata Encik Heng.

Meski dalam persekitaran politik global yang berbeza kini, pengalaman mendiang Lee tetap boleh dijadikan panduan untuk bersikap pragmatik dalam menetapkan visi politik.

“Kita perlu faham bahawa meskipun politik domestik sukar dikawal dan diurus, kita tetap perlu terus berpandangan jauh ke hadapan.

“Nilai yang sama perlu dicari bagi memastikan kita berupaya menangani cabaran yang dihadapi bersama,” kata Encik Heng.

Beliau menambah bahawa mendiang Lee akan berbesar hati jika beliau dapat melihat negara besar memainkan peranan lebih membina dalam memimpin dunia menghadapi isu-isu dunia.

Antara topik yang timbul semasa dialog tersebut termasuk sikap “kritikal” mendiang Lee dalam interaksinya dengan pemimpin dunia lain.

Menurut Encik Heng, mendiang Lee merupakan pengamat yang cukup objektif dalam mempertimbang isu-isu yang dihadapi negara lain dan jelas akan apa yang perlu dilakukan.

“Beliau menuturkan kata-kata bukan untuk menyedapkan hati orang lain tetapi untuk memberikan huraian yang bernilai bagi semua pihak.

“Oleh itu, pandangan beliau amat dihargai,” kata Encik Heng.

Bersetuju dengan Encik Heng, Encik Howard berkata mendiang Lee pernah menekankan bagaimana Australia menghadapi risiko menjadi “sampah Asia miskin berkulit putih” jika ia tidak membuka ekonominya.

Ini merupakan antara faktor yang mendorong produktiviti di negara tersebut, kata Encik Howard.

“Beliau mempunyai keupayaan untuk meluahkan apa yang beliau fikirkan dengan baik,” katanya.

Encik Ma pula berkata: “Beliau seorang yang jujur dan berterus terang, ini sebab kami suka kepadanya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >