Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong arah Pofma terhadap Kenneth Jeyaretnam berkait maklumat palsu

Nov 02, 2023 | 06:02 PM



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) supaya mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Encik Kenneth Jeyaretnam mengenai artikelnya di laman The Ricebowl Singapore, Facebook, Instagram, LinkedIn, dan X yang diterbitkan pada 22 Oktober 2023.


Maklumat yang diterbitkan Encik Jeyaretnam mengandungi fakta kenyataan yang palsu, menurut Kementerian Kewangan pada Khamis.

Artikel itu menyatakan bahawa kebanyakan Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC) telah dipindahkan ke dalam dana jangka panjang, dan oleh itu tidak menyumbang kepada perbelanjaan sebenar.

Kenyataan ini palsu.

NIRC terdiri daripada pulangan pelaburan rizab, yang digunakan di samping bajet tahunan untuk membiayai perbelanjaan awam.

Tidak ada bahagian NIRC diperuntukkan untuk sebarang perbelanjaan tertentu, atau dipindahkan ke mana-mana dana tertentu.

Sebaliknya, sebahagian daripada bajet tahunan secara keseluruhan boleh digunakan untuk menambah dana. Oleh itu, adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa kebanyakan NIRC dipindahkan ke dalam dana jangka panjang.

Turut dinyatakan dalam artikel itu adalah bagaimana Penguasa Tanah Singapura (SLA) memberikan keutamaan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dengan menyewakan 26 dan 31 Ridout Road di bawah nilai pasaran sambil mengenakan harga yang dinaikkan kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk tanah.

Kenyataan ini juga palsu. SLA menjual tanah negara kepada HDB untuk pembangunan perumahan awam pada nilai pasaran yang saksama.

Nilai pasaran saksama dinilai oleh Ketua Penilai dan bukan SLA. Beliau membuat penilaian profesional secara bebas mengikut prinsip penilaian yang ditetapkan dan SLA tidak mengenakan harga melambung untuk tanah tersebut.

Isu tentang Ridout Road telah disiasat secara bebas dan meluas oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Artikel itu juga menyatakan bahawa daripada $17 bilion dalam perbelanjaan penjagaan kesihatan, hanya $8 bilion digunakan sebagai subsidi untuk rakyat Singapura.

Ini adalah palsu. Selama tiga tahun kewangan yang lalu, jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan menjangkau $16.88 bilion hingga $17.32 bilion setahun, dan subsidi untuk rakyat Singapura adalah antara $9.54 bilion hingga $10.93 bilion setahun.

Ini diterangkan dalam Buku Belanjawan yang boleh didapati secara umum di laman web Kementerian Kewangan.

Tidak termasuk perbelanjaan Covid-19 yang bersifat sementara, lebih daripada 70 peratus daripada jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan telah dibelanjakan untuk subsidi bagi rakyat Singapura.

Encik Jeyaretnam juga telah menerbit beberapa artikel dengan fakta kenyataan palsu sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >