Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM arah Singapore Eye, Gutzy Asia, The Online Citizen buat pembetulan berhubung kiriman media sosial

Oct 16, 2023 | 06:27 PM



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah mengarahkan Pejabat Pofma (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian) supaya mengeluarkan Arahan Pembetulan ke atas laman Singapore Eye, Gutzy Asia dan The Online Citizen Asia.

Arahan itu dibuat berhubung artikel dan kiriman media sosial yang dibuat pada 12 dan 13 Oktober 2023.

Artikel dan hantaran tersebut mengandungi maklumat palsu yang menyatakan wanita yang meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan di Yishun merupakan seorang pembantu rumah atau pekerja migran warga Filipina.

Menurut MOM, wanita itu adalah warga Singapura.

Arahan Pembetulan itu memerlukan setiap daripada mereka menyertakan satu notis pada catatan asalnya, dengan pautan ke laman penjelasan pemerintah.

Menjelaskan arahan tersebut dalam satu kenyataan pada Isnin, MOM mendakwa artikel dan kiriman media sosial Gutzy Asia, Singapore Eye dan The Online Citizen mengandungi kenyataan palsu mengenai identiti wanita itu.

Sementara itu, artikel dan kiriman Facebook Gutzy Asia juga telah menyatakan insiden tersebut menimbulkan “keprihatinan penting tentang kesejahteraan pembantu rumah di Singapura sedang berlakunya insiden lain yang serupa”.

Ia juga telah menyatakan insiden tersebut “menekankan agar wujudnya pemantauan dan pembaharuan yang lebih meluas untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pembantu rumah”.

“Ini mengelirukan, kerana ia menunjukkan pemantauan yang telah dilakukan pemerintah terhadap kesejahteraan pembantu rumah migran (MDW) tidak mencukupi.

“MOM telah menguatkuasakan pelbagai langkah bagi membantu MDW menjaga kesejahteraan mental mereka,” kata MOM.

Ini termasuk membuat kunjungan rumah ke rumah bagi mendekati MDW dan majikan mereka sejak 2021, tambah MOM dalam kenyataan itu.

Pegawai MOM juga dilatih untuk mengenal pasti tanda-tanda tekanan pada MDW dan membincangkan sebarang isu yang timbul bersama majikan supaya ia dapat ditangani.

MOM juga telah melancarkan tiga pusat CDEConnect yang dikendalikan bersama dengan Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang bertujuan memudahkan pembantu rumah migran dan majikan mereka untuk mendapatkan nasihat berkaitan isu pekerjaan.

Pusat-pusat itu juga menjalankan temu ramah bersama semua pembantu rumah baru bagi memastikan mereka menyesuaikan diri kepada peranan baru mereka.

“MOM juga bekerjasama dengan pertubuhan tidak meraih keuntungan lain untuk memperluas langkah bantuan kami,” katanya.

Selain itu, ia telah melancarkan panduan kesejahteraan mental bagi majikan di laman MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >