Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenneth Jeyaretnam dikenakan arahan Pofma ketiga

Aug 22, 2023 | 03:31 PM



Pemimpin Parti Reformasi, Encik Kenneth Jeyaretnam, telah dikenakan arahan pembetulan ketiga di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) – kali ini berkenaan komen beliau di media sosial menyentuh tiga isu yang menarik perhatian ramai.

Ia berkenaan penangkapan 10 warga asing dalam satu operasi antipengubahan wang haram yang dijalankan di serata pulau; siasatan kes rasuah melibatkan menteri pengangkutan, Encik S. Iswaran dan ahli perniagaan mapan, Encik Ong Beng Seng; dan isu penyewaan banglo hitam putih di Ridout Road oleh Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw) pada Selasa, Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, mengeluarkan arahan itu kepada Encik Jeyaretnam.

Pemimpin parti pembangkang itu dikehendaki meletakkan notis pembetulan tentang catatannya itu di laman Facebook dan X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, dengan menyatakan pos yang disiarkan pada 18 Ogos lalu mengandungi kenyataan palsu.

Encik Jeyaretnam dikatakan membuat kenyataan palsu, mengatakan penahanan 10 warga asing pada 15 Ogos lalu atas kesalahan pemalsuan dan pengubahan wang haram adalah disebabkan tekanan Menteri Luar China, Encik Wang Yi, dan China sendiri, ke atas Singapura.

“Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar polis pada 16 Ogos, mereka telah mengenal pasti suspek melalui siasatan risikan dan siasatan menyeluruh termasuk analisis laporan transaksi yang mencurigakan,” kata MinLaw.

“Operasi tersebut dan perancangan penahanan telah dijalankan selama beberapa bulan. Mereka bukan atas arahan atau kerana mana-mana pihak asing.”

MinLaw menambah tiada pihak asing telah diberitahu tentang kes ini sebelum penahanan berlaku.  

Dalam catatan di media sosialnya itu, Encik Jeyaretnam juga telah membuat kenyataan palsu bahawa siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) terhadap Encik Iswaran dan Encik Ong, juga disebabkan oleh tekanan pihak asing.

MinLaw menjelaskan CPIB sedang menyiasat satu kes berasingan dan menemui beberapa maklumat berkenaan Encik Iswaran, dan ini membuat CPIB meneliti perkara itu.

Encik Jeyaretnam dalam satu lagi kenyataan di media sosialnya juga mendakwa kadar sewa yang dibayar oleh Encik Shanmugam dan Encik Balakrishnan, masing-masing di 26 dan 31 Ridout Road, telah terikat selama sembilan tahun.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak benar, kata MinLaw.

Jelas MinLaw, penyewaan boleh diperbaharui setiap dua atau tiga tahun, dan penyewaan disemak berdasarkan nilai pasaran semasa.

“Apabila penyewaan bagi dua hartanah itu diperbaharui selepas tiga tahun, penilaian semula dijalankan oleh penilai profesional untuk menambat sewaan menurut kadar pasaran semasa. Penilaian ini berdasarkan perbandingan pasaran,” terang kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >