Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong puji pengorbanan masyarakat Muslim sempena Aidiladha

Jul 10, 2022 | 10:44 AM



AIDILADHA mengingatkan tentang kepentingan pengorbanan dan mengambil berat tentang kemaslahatan golongan terdedah dalam masyarakat. 



Dalam aspek itu, masyarakat Melayu/Islam Singapura telah memainkan peranan dengan membantu mereka yang lebih memerlukan dalam masyarakat. 



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong berkata demikian semasa mengunjungi Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok pagi Ahad (10 Julai) sempena Hari Raya Aidiladha.



“Tempoh ini (musim haji) mengingatkan kita tentang kepentingan pengorbanan dan menjaga kemaslahatan golongan lebih terdedah dalam masyarakat, dan di sini saya ingin memuji masyarakat Melayu/Islam Singapura kerana memainkan peranan anda menjaga satu sama lain dalam masyarakat.



“Bahkan ini juga relevan bagi kita semua di Singapura, sedang kita mengatasi cabaran daripada perang (Russia-Ukraine), pandemik Covid-19 dan harga yang semakin meningkat,” ujar Encik Wong.



Beliau bertemu media setelah sempat berinteraksi dengan jemaah dan kakitangan Masjid Ar-Raudhah.



Encik Wong turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dalam bahasa Melayu kepada semua Muslim di Singapura.



“Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua masyarakat Islam di Singapura, semoga hari raya disambut dengan kegembiraan bersama keluarga,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >