Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dr Balakrishnan utus surat takziah kepada Dr Riad al- Malki

Oct 19, 2023 | 12:19 AM



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah mengutuskan surat takziahnya kepada Menteri Luar dan Ekspatriat Penguasa Palestin, Dr Riad Al Malki, dengan melahirkan rasa sedihnya di atas keadaan di Jaluran Gaza serta kehilangan jiwa di Hospital Ahli Arab pada 17 Oktober.

Menyatakan demikian dalam suratnya yang bertarikh 18 Oktober, Dr Balakrishnan berkata yang beliau ingin lahirkan rasa takziahnya yang mendalam kepada keluarga yang terjejas.

“Saya juga amat bimbang dengan situasi kemanusiaan yang semakin teruk di Jaluran Gaza.

“Pemerintah Singapura, Palang Merah Singapura dan rakyat Singapura sedang mengumpul dana untuk menyokong keperluan kemanusiaan di Gaza.

“Kami juga menyokong seruan antarabangsa bagi bantuan kemanusiaan untuk dihantar ke Jaluran Gaza atas dasar yang mendesak.

“Singapura percaya satu perbincangan huraian dua negara yang konsisten dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah penting demi huraian yang kekal lama, adil dan komprehensif kepada konflik berpanjangan ini,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >