Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA nasihati warga S’pura tinggalkan, tangguh perjalanan ke Lebanon

Oct 18, 2023 | 03:40 PM



Warga Singapura dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan ke Lebanon memandangkan keadaan yang tidak menentu di rantau itu, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Keadaan tidak menentu itu akibat konflik antara Israel dengan Palestin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu, MFA juga menggalakkan warga Singapura yang kini berada di Lebanon untuk meninggalkan negara itu secepat mungkin melalui pilihan komersial yang tersedia.

Tambahnya, warga Singapura yang memilih untuk kekal di Lebanon harus terus berwaspada, memantau perkembangan tempatan dengan teliti dan mematuhi nasihat pemerintah Lebanon.

Warga Singapura juga harus mengelak perjalanan ke kawasan sempadan Lebanon-Israel serta mengelakkan protes dan perhimpunan besar.

Pertempuran semakin sengit di sempadan antara Lebanon dan Israel apabila beratus-ratus orang terbunuh dalam satu letupan besar di hospital Bandar Gaza pada Selasa, dengan pegawai Israel dan Palestin saling menyalahkan satu sama lain.

Seorang ketua pertahanan awam Gaza berkata 300 orang terbunuh, manakala sumber kementerian kesihatan menyatakan angka itu mencecah 500 orang.

Letupan di hospital tersebut merupakan tindak balas atas serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas selatan Israel yang menyebabkan 1,300 orang terbunuh dan sekitar 200 orang dibawa ke Gaza sebagai tebusan.

Kumpulan Hezbollah, yang berpangkalan di Lebanon, mengutuk serangan itu dan menyalahkan Israel atas letupan tersebut.

Beratus-ratus penunjuk perasaan bergelut dengan pasukan keselamatan Lebanon pada Selasa malam di luar kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di pinggir bandar Beirut, Awkar.

Warga Singapura di Lebanon amat digalakkan untuk mendaftar secara elektronik dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg supaya mereka boleh dihubungi sekiranya perlu.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular semasa berada di Lebanon boleh menghubungi Konsulat-Jeneral Kehormat Singapura di Beirut atau Pejabat Bertugas MFA (24 jam) di:

– Konsulat-Jeneral Kehormat Republik Singapura di Beirut, Center Sofil, Charles Malek Avenue, P.O.Box 166730, telefon: +961-1-334-335, 200-786, 200-787, emel: singaporeconsulate@cyberia.net.lb, atau

– Pejabat Bertugas MFA (24 jam), Tanglin, Singapura 248163, telefon: +65 6379 8800/8855, faks: +65 6476 7302, emel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >