Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kedai makan di Punggol, Bedok didenda dan digantung 2 minggu

Nov 28, 2023 | 08:36 PM



Operasi gerai makanan Sinaran Cahaya Bedok Corner, yang terletak di Pusat Makanan Bedok, telah digantung selama dua minggu mulai 28 November hingga 11 Disember. 

Gerai makanan Melayu itu telah memperoleh 16 mata demerit dalam tempoh setahun dan didenda $1,700 kerana menyediakan makanan di luar premis berlesennya, menjual epok-epok yang mengandungi plaster luka dan gagal mendaftarkan pembantunya, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan pada Selasa.

Sebuah restoran Kantonis, Dai Lou di Punggol juga dikenakan penggantungan selama dua minggu selepas ia gagal memastikan premisnya bersih dan bebas daripada infestasi.

Lesen restoran itu digantung dari 28 November hingga 11 Disember.

Ia memperoleh 14 mata demerit dalam tempoh setahun dan didenda $1,000 bagi dua kesalahan gagal memastikan premis bersih dan satu kesalahan gagal memastikan premisnya bebas infestasi, kata SFA dalam kenyataan berasingan pada Selasa.

Restoran di Marina Country Club itu telah ditampilkan dalam beberapa laman web untuk makanannya dan dinilai empat daripada lima bintang di Google dengan 919 reviu, lapor The Straits Times.


“Berdasarkan rekod prestasi, pemegang lesen yang memperoleh 12 atau lebih mata demerit dalam tempoh 12 bulan mungkin digantung lesennya untuk sama ada tempoh dua atau empat minggu, atau ia dibatalkan,” menurut kededua kenyataan itu.

Semua pengendali makanan yang bekerja di premis yang digantung akan dikehendaki menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) Tahap 1 sebelum mereka boleh menyambung kerja, kata SFA.

Pemegang lesen juga dikehendaki memastikan semua pegawai kebersihan makanan yang bekerja di premis yang digantung, jika ada, menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan WSQ Tahap 3.

SFA berkata ia memandang serius terhadap kesalahan ini dan ingin mengingatkan pengendali makanan supaya mematuhi amalan makanan dan kebersihan diri yang baik pada setiap masa, dan hanya melibatkan pengendali makanan berdaftar.

Ia menambah bahawa ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran.

SFA menggesa sesiapa sahaja yang melihat amalan keselamatan makanan yang teruk di kedai-kedai makan agar tidak mengunjungi kedai-kedai ini dan memberikan maklum balas melalui borang maklum balas dalam talian (https://www.sfa.gov.sg/feedback) atau dengan menghubungi Pusat Perhubungan SFA di 6805-2871, dan berikan butiran untuk siasatan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >