Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cawangan Spize di Bedok didenda atas sebab kecuaian dalam keselamatan makanan

Nov 15, 2023 | 08:47 PM



Dua syarikat yang mengendalikan rangkaian tempat makan Spize – Spize Bedok Pte Ltd dan Spize Concepts Pte Ltd – telah didenda $3,600 setiap satu oleh mahkamah pada Rabu, selepas didapati melanggar Peraturan Kesihatan Awam Persekitaran (Kebersihan Makanan).

Satu kenyataan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu menyatakan bahawa pada Julai 2022, pihaknya telah menerima laporan melibatkan 15 individu yang mengalami gejala gastroenteritis, selepas makan sajian yang disediakan tempat makanan Spize, yang terletak di sepanjang Bedok Road. Tiada seorang pun yang dimasukkan ke hospital.

Satu siasatan bersama oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan SFA kemudian dijalankan.

Beberapa kecuaian keselamatan makanan ditemui di gerai makanan barat di 336/338 Bedok Road (dilesen bawah syarikat Spize Bedok Pte Ltd).

Ini termasuk tidak mengasingkan makanan mentah dan makanan masak dengan sempurna di stesen sajian gerai makanan barat, dan menggunakan papan memotong kotor bagi makanan yang sudah siap dimasak, kata SFA.







Kecuaian keselamatan makanan lain juga ditemui di kedai makan yang terletak di 284 Bedok Road (dilesen bawah syarikat Spize Concepts Pts Ltd), termasuk gagal menyediakan sabun tangan di tandas dapur dan penggunaan tanpa izin, premis itu bagi memproses makanan.

“Di bawah kepentingan kesihatan orang awam, SFA telah mengarahkan Spize Bedok Pte Ltd dan Spize Concepts Pte Ltd untuk perbaiki kecuaian itu dan mengambil langkah yang perlu bagi membaiki amalan keselamatan makanan serta kebersihan premis mereka,” kata SFA lagi.

SFA juga telah mengubah gred kebersihan gerai makanan barat di 336/338 Bedok Road itu dan kedai makan di 284 Bedok Road daripada “A” kepada “C”.

“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama kerana makanan boleh dicemari di mana sahaja, sepanjang rantaian makanan.

“Sedang SFA kekal berwaspada dan berusaha untuk memastikan langkah kawalan dikuatkuasakan dengan betul, pihak industri dan pelanggan perlu memainkan peranan masing-masing,” kata SFA.

Semua pengendali makanan perlu memastikan premis mereka bersih dan dijaga dengan baik, dan kakitangan mereka menerima latihan pengurusan keselamatan makanan yang mencukupi.

SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran.

Pesalah boleh didenda tidak melebihi $2,000 dan jika kesalahan berterusan denda tambahan tidak melebihi $100 bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya semasa kesalahan berterusan selepas disabit kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >