Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki didakwa terlibat dalam tipu perisian hasad perbankan

Oct 06, 2023 | 06:18 PM



Dua orang lelaki didakwa di mahkamah pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam penipuan perisian hasad atau malware berkaitan perbankan.

Jerry Chua Zhen Shen, 32 tahun, dan Png Kok Wah, 56 tahun, dikenakan satu pertuduhan memperoleh wang tunai setiap seorang sedangkan mereka boleh mengagak ia adalah hasil perbuatan jenayah oleh individu lain.

Polis berkata pada Jumaat bahawa antara Jun dengan September 2023, pihaknya menerima banyak laporan mengenai kes penipuan perisian hasad berkaitan perbankan serupa – yang biasanya melibatkan urus niaga tanpa kebenaran daripada akaun bank mangsa walaupun mereka tidak mendedahkan kata laluan kepada sesiapa.

Pada 4 dan 5 Oktober, pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) menjalankan operasi penguatkuasaan di rumah kedua-dua lelaki itu, yang membawa kepada penangkapan mereka.

Pelbagai barang dirampas, termasuk wang tunai berjumlah lebih $25,000, 15 jam tangan mewah, serta emas dalam bentuk kepingan, syiling, cincin dan loket.

Sebuah iPad, lima telefon bimbit dan mata wang kripto berjumlah lebih $240,000 turut dirampas dalam operasi itu.

Polis menambah bahawa enam akaun bank dengan jumlah kira-kira $112,500 dibekukan untuk mengelakkan penyalahgunaan selanjutnya.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga atau laman web meragukan yang boleh mengakibatkan perisian hasad dipasang dalam telefon bimbit, komputer atau peranti lain mereka.

Perisian hasad sedemikian telah mengakibatkan data sulit dan sensitif, seperti bukti kelayakan perbankan, dicuri.

“Untuk mengelak daripada menjadi rakan sejenayah dalam kes jenayah, seseorang itu harus menolak permintaan orang lain yang hendak menggunakan akaun bank atau talian alat komunikasi mudah alih mereka, kerana mereka akan bertanggungjawab jika ia didapati ada kaitan dengan kegiatan menyalahi undang-undang,” kata polis.

Lebih 750 mangsa penipuan kehilangan sekurang-kurangnya $10 juta pada separuh pertama 2023 disebabkan urus niaga perbankan tanpa kebenaran yang berkaitan dengan perisian hasad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >