Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN MENTERI TENTANG TINDAKAN ANTIPENGUBAHAN WANG HARAM

Urutan siasatan

Oct 03, 2023 | 05:30 PM



2021: Polis menerima maklumat mengenai aktiviti yang mencurigakan, termasuk penggunaan dokumen yang disyaki palsu untuk membuktikan sumber dana dalam akaun bank di Singapura. Beberapa Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) telah difailkan oleh institusi kewangan dan syarikat lain.


Awal 2022: Polis buat siasatan risikan yang komprehensif dan menyelaras. Siasatan menemui rangkaian individu yang dipercayai mempunyai hubungan sesama mereka, termasuk hubungan kekeluargaan.


Awal 2023: Menyusuli siasatan, Jabatan Peguam Negara (AGC) menilai polis mempunyai sebab yang mencukupi untuk mengesyaki bahawa kesalahan jenayah telah dilakukan di Singapura.


15 Ogos 2023: Polis melakukan operasi untuk menangkap suspek berikutan siasatan risikan intensif, semakan maklumat yang meluas dan pemeriksaan bukti.


Dapatan Setakat Ini:

  • 10 orang telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan, termasuk pengubahan wang haram
  • 20 September: Polis berkata jumlah nilai aset yang dirampas dan dibekukan dalam kes itu berjumlah lebih $2.4 bilion.
  • 2 Oktober: Semasa di Parlimen, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkata jumlah nilai aset yang dirampas atau dikeluarkan dengan arahan larangan pelupusan oleh polis telah mencapai lebih $2.8 bilion.
  • Polis telah mengeluarkan larangan perintah pelupusan terhadap 152 hartanah dan 62 kenderaan dengan jumlah anggaran nilai lebih daripada $1.24 bilion, serta beribu-ribu botol minuman keras dan wain.
  • Rampasan wang dalam akaun bank berjumlah lebih $1.45 bilion, wang tunai (termasuk mata wang asing) berjumlah lebih $76 juta, mata wang kripto lebih $38 juta, 68 jongkong emas, 294 beg mewah, 164 jam tangan mewah dan 546 kepingan barang kemas.
  • Cik Teo berkata mungkin terdapat lebih banyak tangkapan dibuat dan aset dirampas.
  • Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal (COC) akan mengeluarkan nasihat menggalak semua badan amal menyemak rekod penderma mereka. Nasihat itu juga akan merangkumi nasihat kepada badan amal tentang cara mengendalikan wang.
  • Siasatan masih dijalankan.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >