Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga S'pura ditahan kerana sokong ISIS

Feb 16, 2019 | 05:30 AM



DUA warga Singapura, Mohamed Kazali Salleh dan Hazim Syahmi Mahfoot (Hazim), telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana penglibatan mereka dalam kegiatan berkaitan pengganasan.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam, Kazali, 48 tahun, didapati mempunyai hubungan rapat dengan seorang anggota militan ISIS warga Malaysia, yang berpangkalan di Syria, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin @ Akel Zainal.



Kazali yang mengenali Akel sejak 2009, telah dipengaruhi fahaman radikal Akel, termasuk kepercayaan bahawa Muslim mempunyai tanggungjawab ke Syria untuk menentang pihak yang menindas umat Islam.



Kazali antara lain telah menyumbang dana kepada Akel untuk menyertai sengketa bersenjata di Syria dan sering berhubung dengan anggota ISIS itu.



Kazali juga telah menyebarkan maklumat tentang kegiatan pengganasan di media sosial demi mempengaruhi orang lain supaya ke Syria.



Salah seorang yang terpengaruh ialah Hazim, 28 tahun, seorang pengeksport kereta bebas di Singapura.



Hazim mula mengenali Kazali sejak Mei 2018. Mereka mengadakan urusan perniagaan dan selanjutnya menjalin persahabatan peribadi. Hazim kemudiannya turut dipengaruhi fahaman ganas Kazali.



MHA berkata, Jabatan Keselamatan dalam Negeri (ISD) dan Cawangan Khas Malaysia (MSB) telah bekerjasama rapat dalam siasatan mengenai kegiatan berkaitan pengganasan yang dilakukan Kazali serta hubungannya dengan Akel.



Kazali telah diberkas di Malaysia oleh pegawai MSB Disember lalu, dan dihantar pulang ke Singapura dan diserahkan kepada ISD. Dia langsung diberkas dan kemudiannya dikenakan Perintah Tahanan (OD) pada Januari lalu.



Hazim pula diberkas di Singapura dan turut dikenakan OD Januari lalu.



MHA berkata kes itu menggariskan bahaya fahaman radikal ke atas warga Singapura di luar negara, dan ancaman itu berpotensi membawa kesan di negara ini.



"Hakikatnya, ancaman ekstremisme tidak mengenal sempadan negara," kata MHA.



Mengulas tentang kes itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Ehwal Dalam Negeri) Amrin Amin berkata kededua individu itu menyokong ISIS dan menyokong keganasan bersenjata terhadap orang bukan Islam dan mereka yang dianggap musuh Islam.



"Saya mengutuk kepercayaan mereka yang kejam dan jahat - masyarakat Singapura tidak kira kaum dan agama juga menolak kepercayaan itu," kata Encik Amrin.



Dalam usaha menangani penularan fahaman radikal, beberapa pemimpin masyarakat yang dihubungi Berita Harian semalam menggesa supaya lebih banyak usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya fahaman ganas itu.



LAPORAN LANJUT: Peniaga sumbang wang kepada anggota ISIS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >