Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duduk dan belajar sejarah S’pura di laluan seni baru kawasan sivik

Aug 28, 2023 | 05:31 AM



Penat bersiar-siar di sekitar kawasan Esplanade dan Muzium Tamadun Asia?

Duduk berehatlah di enam bangku unik di sepanjang sebuah laluan seni baru di sekitar kawasan sivik Singapura, dan anda boleh dibawa ke zaman lalu, malah masa depan.

Dipanggil Benchmarks, laluan seni itu direka berasaskan konsep tanda baca – mengajak orang ramai menyelami sejarah dan peri penting budaya kawasan sivik dan kawasan sekitarnya.


Laluan itu direka oleh enam artis tempatan – Lua Boon Kai, Joyce Beetuan Koh, Immanuel Koh, Yang Jie, Jeffrey Tan dan Jason Wee.

Ia dihasilkan untuk Perikatan Kawasan Sivik yang termasuk Muzium Tamadun Asia, Esplanade – Theatres on the Bay, Galeri Nasional Singapura, The Arts House, serta Panggung dan Dewan Konsert Victoria.

Kurator Benchmarks, Encik Justin Loke, berharap bangku tersebut boleh bertindak sebagai tanda baca bagi pengunjung mengambil masa berjalan-jalan di kawasan sivik dan mempelajari tentang kepentingan sejarah masa lalu, masa kini dan masa depan kawasan itu.


“Sebagaimana apabila seseorang itu memberi ucapan atau menulis sesuatu, tanda baca menambahkan elemen dan membantu kita mewujudkan nada suara atau cara bertutur,” kata beliau dalam satu laporan The Straits Times.


Bangku pertama dalam laluan Benchmarks terletak di hadapan Bangunan Annexe The Arts House, sementara yang terakhir di Esplanade, berdekatan Jambatan Jubilee.


Pengunjung boleh duduk di bangku itu sehingga 31 Julai 2026.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >