Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ecda akan perketat protokol siasatan, kaji semula peraturan bagi pengendali prasekolah

Sep 18, 2023 | 07:34 PM



Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) akan memperketat protokol siasatan dan mengkaji semula peraturan bagi pengendali prasekolah, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, di Parlimen pada Isnin.

Ecda akan bekerjasama dengan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) dan penyedia latihan untuk mengukuhkan latihan tenaga pengajar supaya mereka lebih jelas tentang tugas dan kewajipan dalam memastikan keselamatan kanak-kanak.

Cik Sun berkata demikian semasa menjawab soalan para Anggota Parlimen (AP) berikutan kes dera kanak-kanak di dua prasekolah pada lewat Ogos lalu.

Beliau menjelaskan Ecda sudah pun menetapkan dasar dan keperluan yang jelas dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan positif di sekolah.

Agensi itu juga sudah mempunyai Kod Latihan, yang antara lain, menetapkan asas interaksi antara tenaga pengajar dengan kanak-kanak mestilah saling “menghormati, responsif dan memberi timbal balik untuk menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak”.

“Ecda akan mengambil tindakan terhadap pengendali dan pendidik yang didapati melanggar mana-mana keperluan ini.

“Bagi pendidik, Ecda boleh memberi amaran atau melarang mereka daripada bekerja dalam sektor ini.

“Bagi kes serius yang mungkin berlaku salah laku jenayah, kes tersebut akan dilaporkan kepada polis untuk siasatan dan individu tersebut boleh didakwa di mahkamah.

“Bagi pengendali pula, Ecda boleh mengenakan denda, memendekkan tempoh lesen prasekolah dan dalam kes lebih serius, membatalkan lesennya,” kata Cik Sun.

“Dengan pengalaman yang diperoleh dalam mengendalikan rangka kerja kawal selia ini, Ecda berhasrat untuk mengukuhkan rangka kerja dan menyemak peruntukan untuk melihat sama ada denda yang dikenakan ke atas pengendali untuk salah urus kanak-kanak perlu dipertingkat, termasuk sama ada nilai denda perlu dinaikkan,” tambahnya.

Isu berkaitan prasekolah dan tenaga pengajarnya telah dibincangkan lebih sejam di Parlimen dengan lebih 14 AP bangkit mengajukan soalan susulan.

Beberapa AP telah menanyakan tentang kewajipan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di prasekolah.

Cik Sun berkata, Ecda “sangat berhati-hati” tentang di mana CCTV dipasang di pusat-pusat prasekolah ini.

Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) bertanya tentang bagaimana pihak berkuasa akan memastikan rakaman CCTV mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi.

Cik Sun berkata, apabila menunjukkan rakaman kepada ibu bapa, terdapat keperluan untuk memastikan wajah kanak-kanak dan pendidik lain yang tidak terlibat dalam siasatan disembunyikan.

Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) berkata, ibu bapa telah mengemukakan kebimbangan kepadanya tentang kemungkinan rakaman CCTV diusik dan diubah.

Cik Sun berkata, hal tersebut merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali yang berbuat demikian untuk menutup kesalahan.

Sementara itu, pindaan terhadap Rang Undang-Undang Imigresen telah diluluskan di Parlimen pada Isnin.

Antara lain, perubahan hasil pindaan tersebut membolehkan penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi boleh melalui pelepasan imigresen automatik menggunakan data biometrik tanpa memerlukan pasport.

Perbahasan berkenaan Rang Undang-Undang (Pindaan) Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-kanak pula akan disambung pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >