Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh 6,649 pengundi luar negara undi menerusi pos

Aug 23, 2023 | 04:58 PM



Seramai 6,649 warga Singapura telah mendaftar sebagai pengundi di luar negara bagi Pilihan Raya Presiden 2023. 

Lebih separuh daripada mereka, atau 3,432 warga, akan mengundi menerusi pos – iaitu kali pertama dijalankan dalam satu pengundian.

Lagi 3,217 pengundi akan membuang undi di 10 pusat mengundi di beberapa bandar terpilih seperti Dubai, Canberra dan London. 

Pengundi luar negara akan menyumbang kepada sekitar 0.25 peratus daripada 2,709,407 pengundi yang berdaftar untuk pilihan raya.

Terdapat 5,504 pengundi luar negara yang berdaftar pada Pilihan Raya Presiden 2011, di mana 3,375 daripadanya akhirnya membuang undi di sembilan bandar.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata pada Rabu bahawa pengundi menerusi pos sudahpun dimaklumkan agar memuat turun kertas undi menerusi pos dan sampul surat untuk dipos balik, menerusi fungsi khidmat pengundi ELD di laman webnya menggunakan log masuk Singpass. 

Para pengundi menerusi pos digalak supaya mengirim balik sampul surat mereka dengan awal. 

Sampul surat yang mengandungi kertas undi menerusi pos, perlu bertanda pos sebelum Hari Mengundi pada 1 September.

Ia harus diterima oleh Pegawai Pengurus Undi di Singapura pada 11 September untuk dikira.

Bagi mereka yang mendaftar untuk mengundi di pusat mengundi di luar negara, mereka telah dihantar surat pengundian elektronik, menandakan tarikh mengundi dan waktu mengundi bagi pusat mengundi mereka. 

Salinan surat ini juga boleh diakses di laman web ELD menerusi Singpass.

Terdapat 10 pusat mengundi di luar negara termasuk di Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, London, New York, San Francisco, Shanghai, Tokyo dan Washington DC.

ELD menjelaskan jika pengundi luar negara – sama ada menerusi pos atau di pusat mengundi – berada di Singapura pada Hari Pengundian, mereka boleh membuang undi di pusat mengundi yang ditetapkan. 

Butiran mengenai stesen mengundi ini disertakan dalam kad undian fizikal, yang akan dikirimkan ke alamat berdaftar pengundi yang tertera di kad pengenalan Singapura atau alamat utama untuk berhubungan setempat. 

Ia juga boleh didapati pada kad pengundian elektronik, yang kini boleh diakses menerusi aplikasi Singpass dan laman web ELD sehingga Hari Mengundi.

Di pusat mengundi pada 1 September, pengundi perlu mengisytiharkan bahawa beliau belum mengundi dalam pilihan raya yang sama, sebelum beliau boleh diberikan kertas undi.

Setiap pengundi luar negara dibenarkan mengundi sekali sahaja semasa pilihan raya, sama ada di luar negara atau di pusat mengundi yang ditetapkan di Singapura, kata ELD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >