Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fasa 3 bermula 28 Dis; vaksin Covid-19 percuma bagi semua warga

PM Lee umum HSA lulus penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech; nasihati warga agar terus hati-hati kerana pandemik masih belum terhapus
Dec 15, 2020 | 05:30 AM



FASA ketiga pembukaan semula Singapura, di mana lebih ramai orang dibenar berhimpun dalam kumpulan sosial dan di tempat-tempat awam akan bermula pada 28 Disember, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sedang Singapura menjangka ketibaan bekalan vaksin pertama pada hujung bulan ini.



Semua warga Singapura akan diberikan vaksin secara percuma, kata Encik Lee, dan Singapura akan mempunyai vaksin yang mencukupi bagi semua penduduk di sini menjelang suku ketiga 2021, atau tempoh Julai-September tahun depan.



Penduduk jangka panjang di sini juga akan menerima vaksin itu secara percuma, kata beliau.



Dalam fasa ketiga, sehingga lapan orang dibenar menghadiri perhimpunan sosial - seperti makan di luar bersama - berbanding lima orang yang dibenarkan pada masa ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Sekatan bagi pertubuhan agama, acara perkahwinan, pengebumian dan persembahan secara langsung juga dilonggar.



Semua rumah ibadah, termasuk masjid bakal dibenar menerima sehingga maksimum 250 orang bagi acara agama, termasuk solat jemaah.



Sehingga lapan tetamu pula dibenar menghadiri acara perkahwinan di rumah. Buat masa ini, sejumlah 10 orang, termasuk isi rumah - tetapi kecuali kadi dan penyedia khidmat - dibenar menghadiri acara tersebut.



Bercakap mengenai fasa ketiga, Encik Lee berkata meskipun lebih ramai orang dibenarkan berhimpun dalam kumpulan-kumpulan kecil dan di tempat-tempat awam, usaha menentang Covid-19 belum berakhir kerana virus itu masih belum dapat dihapuskan.



Perjalanan masih panjang dan pandemik itu masih berleluasa di serata dunia, jelas Encik Lee.



Namun Singapura terpaksa membuka semula sempadan dengan cara yang selamat dan terkawal, kata Encik Lee, kerana perdagangan dan perjalanan rentas sempadan adalah tunggak kekuatan ekonomi negara ini.



Encik Lee akur berbuat demikian ada risikonya - kes-kes Covid-19 asing boleh diimport ke sini dan menjangkiti masyarakat - tetapi ia adalah risiko yang perlu diterima.



"Pemerintah akan mengambil setiap (langkah) pencegahan dan melakukan yang terbaik untuk mencegah kes-kes diimport daripada mencetus penularan baru di sini," ujar beliau.



Beliau menggesa warga Singapura agar terus memain peranan dan bersikap berjaga-jaga kerana koronavirus itu kemungkinan masih wujud secara senyap dalam masyarakat.



Encik Lee berkata demikian dalam ucapannya semalam mengenai usaha Singapura menentang Covid-19, yang disiarkan secara langsung di Facebook serta di televisyen dan radio.



Mengulas lebih lanjut mengenai strategi vaksinasi negara, Encik Lee berkata pada masa ini, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi kegunaan dan vaksin-vaksin lain dijangka tiba di Singapura dalam bulan-bulan mendatang.



Ini termasuk vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal lain seperti Moderna dan Sinovac.



Menurut Encik Lee, pemerintah telah menerima usulan jawatankuasa pakar supaya semua penduduk dewasa divaksinasi, tetapi secara sukarela.



"Keutamaan pertama diberikan kepada mereka yang paling berisiko (dijangkiti), seperti pekerja jagaan kesihatan dan pekerja barisan depan, serta warga tua dan yang lebih terdedah kepada jangkitan," kata Encik Lee, yang berkata anggota Kabinet lebih berusia, termasuk dirinya sendiri akan mendapatkan vaksinasi awal untuk menunjukkan bahawa mereka yakin terhadap vaksin yang dipilih.



"Justeru, saya amat menggalakkan anda supaya mendapatkan vaksinasi apabila vaksin ditawarkan kepada anda. Ini kerana bila anda mendapatkan vaksinasi, anda bukan sahaja melindungi diri anda, malah memainkan peranan untuk melindungi orang lain terutama orang yang disayangi."



Menurut Encik Lee, pemerintah telah berusaha secara senyap di balik tabir sejak di awal penularan pandemik, termasuk mengetepikan lebih $1 bilion untuk membeli vaksin dan menyokong usaha setempat untuk menghasilkan vaksin sendiri.



Menambah, Encik Lee berkata Singapura juga membuat perjanjian dengan syarikat farmaseutikal untuk menjalankan ujian peringkat lanjut di sini, selain menarik beberapa syarikat supaya membangun keupayaan menghasilkan vaksin di sini.



Dalam kenyataannya, MOH berkata Singapura telah menunjukkan kemajuan baik berhubung memenuhi syarat beralih ke fasa ketiga.



Namun, ia tidak akan menguatkuasakan pendaftaran SafeEntry hanya menggunakan program jejak kontak TraceTogether sehingga awal 2021 apabila semua orang yang memerlukan token TraceTogether telah mengambilnya dari kelab masyarakat.



Buat masa ini, penggunaan TraceTogether adalah sekitar 65 peratus dan MOH menjangka mencapai sasaran 70 peratus pada hujung tahun ini.



Singapura kini juga berupaya melakukan lebih 50,000 ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) sehari, dengan ujian lain seperti ujian pantas antigen (ART) diperkenalkan bagi acara lebih besar.




SEKILAS PENGUMUMAN PM LEE



- Fasa Ketiga pembukaan semula Singapura akan bermula pada 28 Disember. PM Lee Hsien Loong berkata ia mungkin dilaksanakan untuk jangka masa yang agak lama, kemungkinan setahun atau lebih.



- Had kapasiti di tempat awam seperti pusat beli-belah dan tarikan serta rumah ibadah akan dilonggarkan dalam Fasa Ketiga. Misalnya, kumpulan sehingga lapan orang akan dibenarkan berhimpun, naik daripada jumlah maksimum lima orang sekarang.



- Vaksin Covid-19 akan disediakan secara percuma kepada semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang yang berada di sini. Semua penduduk dewasa akan ditawarkan vaksin, secara sukarela.



- Vaksin pertama yang diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) ialah vaksin Pfizer-BioNTech.



- Kiriman vaksin yang pertama dijangka tiba di sini menjelang hujung bulan ini, menjadikan Singapura antara negara yang pertama di dunia untuk memperolehinya.



- Keutamaan bagi vaksin akan diberikan kepada mereka yang menghadapi risiko tinggi, seperti pekerja jagaan kesihatan dan kakitangan barisan depan, dan golongan warga emas dan mereka yang mudah terjejas.



- Lebih $1 bilion telah diperuntukkan pemerintah Singapura untuk menandatangani perjanjian pembelian awal dan membuat bayaran pendahuluan awal bagi calon vaksin yang paling diyakini, termasuk dengan Moderna, Pfizer-BioNTech dan Sinovac.




Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >