Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSAINGAN KHIDMAT PENGHANTARAN MAKANAN

F&B harap bayaran komisen susut dengan kemasukan AirAsia

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA restoran dan gerai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan pihak ketiga mengharapkan kemasukan AirAsia Food di Singapura dapat menurunkan kadar komisen yang perlu mereka bayar.



Namun, mereka tidak merancang menghentikan perkhidmatan yang digunakan kini - bersama syarikat seperti GrabFood dan foodpanda - kerana akur terdapat banyak manfaat pada wadah tersebut seperti promosi yang ditawarkan serta jangkauannya kepada orang ramai.



Wadah AirAsia Food yang dijangka dilancarkan hari ini mungkin menawarkan kadar tetap $3-$5 bagi setiap kiriman, menurut laporan The Business Times (BT) sebelum ini.



Ini berbeza daripada komisen berdasarkan peratusan yang biasanya dikenakan oleh wadah sedia ada.



Pemilik restoran Saffrons, Cik Kader Beevi Mohd Ayoob, berkata syarikatnya mempunyai empat cara penghantaran termasuk foodpanda bagi penghantaran di timur Singapura, dan GrabFood bagi kiriman ke serata negara. Ia juga menawarkan penghantaran menerusi laman Saffrons menggunakan kenderaan syarikat, dan melalui khidmat lalamove untuk penghantaran besar.



Anaknya, pengarah operasi Saffrons, Encik Rafsanjani Noor, menerangkan:



"Kami menggunakan GrabFood kerana jangkauannya yang meluas. Wadah foodpanda pula mempunyai promosi yang menarik. Kami mendapat jumlah pesanan yang agak besar daripada kedua-dua wadah ini, dengan sekitar 60 peratus melalui GrabFood, 20 peratus melalui foodpanda dan bakinya melalui laman kami sendiri.



Beliau berkata, kadar komisen hingga 30 peratus yang dikenakan wadah seperti GrabFood dan foodpanda adalah tinggi, memandangkan Saffrons, yang terletak di Tampines dan Opera Estate, adalah kedai kejiranan.



Dengan margin keuntungan yang tidak setinggi restoran, dan kos operasi yang tinggi, Encik Rafsanjani berkata setiap peratus kadar komisen yang dapat dijimatkan adalah berharga.



Oleh itu beliau gembira mendapat tahu yang AirAsia Food akan memasuki pasaran khidmat penghantaran makanan di Singapura, dan mungkin akan mencuba perkhidmatan mereka.



"Mereka mempunyai promosi permulaan yang baik untuk menggalak restoran dan gerai makanan mencuba wadah mereka. Tetapi kita tidak tahu berapa lama promosi ini akan ditawarkan... mereka adalah pemain yang besar jadi kami mungkin akan cuba menggunakan khidmat mereka," katanya.



Encik Rafsanjani juga berharap dengan kehadiran AirAsia Food, khidmat penghantaran makanan lain di sini dapat menyesuaikan kadar komisen mereka dan mengenakan caj yang lebih berpatutan.



Pemilik gerai Nur Indah Kitchen di pusat makanan Bedok Corner, Cik Roziah Adon, berkata beliau menggunakan empat kaedah penghantaran makanan ke rumah termasuk GrabFood, Hungryy dan Pick & Go.



Beliau berkata kadar komisen yang dikenakan sesetengah syarikat penghantaran besar adalah tinggi dan sukar baginya meraih keuntungan.



"Bagi saya, kadar komisen sekitar 20 peratus boleh diterima. Kalau AirAsia Food menawarkan kadar yang berpatutan dan menguntungkan semua pihak, saya akan menggunakan perkhidmatan mereka. Itupun sekadar untuk menambah jualan, kerana sejauh ini saya masih lagi bergantung kepada penjualan langsung dari kedai," katanya.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >