Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma, pengarah akui salah berkaitan tarikh luput 5,880kg makanan dalam kes paling meluas disiasat SFA

Oct 20, 2023 | 08:17 PM



Sebuah syarikat pemprosesan makanan dan pengarahnya mengaku pada Jumaat tidak mempunyai tarikh luput atau mempunyai tarikh salah pada produk ikan dan daging sebanyak 5,880 kilogram (kg).

Kes itu merupakan kesalahan paling meluas yang disiasat oleh Agensi Makanan Singapura (SFA), lapor The Straits Times.


Far Ocean Sea Products dan ketua eksekutifnya, Jordan Quek Ruiming, 36 tahun, seorang pengarah pada masa kesalahan itu, masing-masing mengaku bersalah bagi 30 pertuduhan melanggar syarat lesen firma dan satu pertuduhan menggunakan bilik di premisnya secara haram untuk pemprosesan makanan.

Firma itu mengaku bersalah bagi satu lagi pertuduhan menghalang pegawai dalam siasatan mereka dengan mengusik bilik yang dikepung.

Sebanyak 97 pertuduhan lain, masing-masing ke atas Quek dan syarikatnya, akan diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.

Ia melibatkan 66 kesalahan melanggar syarat lesen firma dan 31 kesalahan melabel secara mengelirukan produk ikan dan daging, termasuk yang telah tamat tempoh, dengan tarikh luput lanjutan.

Disifatkan sebagai “pemain penting dalam pasaran” oleh pihak pendakwaan, Far Ocean membekalkan dan menjual produk ikan dan daging kepada pelanggan komersial – termasuk hotel, pasar raya, restoran dan syarikat penerbangan – serta pelanggan bukan komersial di Singapura dan luar negara.

Quek menjadi pengarah firma itu sejak 1 Julai 2015, menyelia pengeluaran dan logistik.

“Sehingga kini, ini adalah kesalahan paling meluas berhubung perkara itu yang disiasat oleh SFA.

“Kesalahan kawal selia selalunya kelihatan agak ringan, tetapi hanya secara berasingan. Peri penting sebenar kesalahan ini digambarkan dengan baik melalui kedudukan tertuduh dalam fabrik makanan masyarakat Singapura,” kata pendakwa.

Menurut mereka lagi, Far Ocean mempunyai dua lesen yang membenarkannya mengendalikan pusat pemprosesan di  Fishery Port Road untuk produk ikan dan daging untuk dimakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >