Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ragut rantai warga emas dihadap ke mahkamah

Jun 24, 2023 | 03:23 PM



Seorang lelaki berusia 45 tahun yang didakwa meragut rantai seorang wanita warga emas telah dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu.

Menurut satu kenyataan bersama polis serta Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada lewat Jumaat, polis dimaklumkan tentang satu kes ragut di Jellicoe Road melibatkan seorang wanita berusia 76 tahun pada 9.42 malam, Selasa.

Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu cuba bercakap dengan wanita itu sebelum didakwa merampas rantai emas beliau bersama loketnya, yang bernilai kira-kira $1,000.

Dia kemudian melarikan diri, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Dengan siasatan dan kerjasama rapat antara Pusat Komand Operasi Polis dengan ICA, pegawai daripada Divisyen Polis Central dan ICA antara lain menyemak rakaman CCTV yang relevan dan berkongsi sumber.

Hasilnya, identiti lelaki tersebut dan lokasinya berjaya dikenal pasti dalam kurang dua setengah jam.

Polis menangkap lelaki itu pada Khamis di Woodlands Crossing.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara antara setahun dengan tujuh tahun serta disebat.

“Pihak berkuasa akan berusaha sedaya upaya untuk menangkap mereka yang melakukan jenayah ganas.

“Sekiranya berdepan dengan kes ragut, orang ramai dinasihati agar kekal tenang, perhatikan penampilan fizikal serta ciri-ciri si pelaku, dan menghubungi polis secepat mungkin,” kata polis dan ICA dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >