Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hargai pekerja gaji rendah, perkukuh kompak sosial: Zaqy

Usaha sokong pekerja gaji rendah diteruskan meskipun selepas Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah tutup tirainya
Sep 23, 2023 | 06:52 PM



Usaha menyokong pekerja bergaji rendah – sama ada dari segi gaji, kemahiran, mahupun kebajikan – berupaya mengukuhkan lagi kompak sosial Singapura ke arah membina masyarakat lebih inklusif dan saksama.

Malah, lebih daripada hanya memberi tumpuan terhadap gaji dan kemahiran, kesedaran masyarakat serta persepsi terhadap pekerja bergaji rendah perlu dibentuk supaya pekerja merasakan sumbangan mereka diiktiraf dan dihormati, menurut Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

“Selain gaji dan kemahiran, bagaimana masyarakat melihat mereka yang berada dalam pekerjaan ini juga penting.

“(Usaha perkukuh) kompak sosial kita lebih luas daripada hanya (meningkatkan) gaji, kerana kita ingin membina satu masyarakat saksama, dan ingin lihat lebih ramai anggota masyarakat beri pengiktirafan kepada pekerja kita,” kata Encik Zaqy.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas sesi terakhir Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah pada Sabtu, yang membentangkan pencapaian beberapa projek bagi menyokong pekerja bergaji rendah.

Di bawah perikatan tersebut yang dilancar pada Mac 2021, lebih 80 peserta yang terdiri daripada sukarelawan dari pelbagai latar belakang telah mengusahakan 14 projek, yang antara lain bertujuan mengiktiraf, menghargai dan mempertingkat kesejahteraan pekerja bergaji rendah.

Antaranya termasuk mewujudkan tempat rehat bagi pekerja bergaji rendah, meningkatkan kesedaran tentang peluang mempertingkat kemahiran serta memberi mereka alat kesihatan untuk meningkatkan kesejahteraan mereka.

Ini selain memanfaatkan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI) dalam mencipta aplikasi yang dapat membantu pekerja bergaji rendah dalam usaha mempertingkat kemahiran dan sebagai sumber maklumat untuk mereka.

Menurut Encik Zaqy, meskipun sesi terakhir tersebut menutup tirai AfA bagi Pekerja Bergaji Rendah, usaha menyokong pekerja bergaji rendah akan diteruskan.

Malah, terdapat rancangan memperluas beberapa projek yang telah dimulakan di bawah perikatan tersebut, tambah Encik Zaqy.

“Idea ini secara keseluruhan merupakan satu percubaan atau pilot, dan untuk bidang-bidang tertentu (pemerintah) turut menawarkan dana.


“Jadi idea serta teknologi yang dikemukakan tidak hanya terhad kepada program pilot dan saya berharap agensi-agensi kita atau mungkin NTUC akan menerapkan teknologi tersebut dalam portal mereka,” katanya.


Encik Zaqy menambah, idea-idea yang diketengahkan dalam projek-projek di bawah AfA itu menumpukan terhadap maruah serta cara terbaik mewujudkan sikap ihsan dan pemahaman di kalangan masyarakat.


“Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dicapai dengan hanya tumpuan terhadap dasar, kerana pemahaman dan budaya hormat menghormati ini tidak dapat dicapai sekadar melalui dasar,” ujarnya.


Salah satu projek yang telah dibentangkan semasa sesi tersebut adalah Experience Day, yang memberi peluang kepada kanak-kanak di prasekolah meneroka serta memahami pekerjaan seperti pegawai keselamatan dan pekerja pembersihan.


Presiden Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE), Encik Ardi Amir, 44 tahun, telah menerajui idea tersebut bersama beberapa anggota pasukannya yang lain dan berkata projek tersebut bertujuan menerapkan pemahaman yang boleh mencetuskan rasa hormat sejak kecil terhadap semua pekerjaan.

Projek itu dijangka diperluas kepada sekitar 360 pusat prasekolah pada masa akan datang, menurutnya.


Encik Ardi yang bertugas sepenuh masa dalam bidang pembangunan perniagaan untuk syarikat keselamatan, berkata:


“Projek ini bertujuan menerapkan rasa hormat terhadap semua pekerjaan dalam minda kanak-kanak, supaya sikap ini datang secara semula jadi kepada generasi akan datang,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >