Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ganding bahu demi bina masyarakat gemilang: Presiden Halimah

Jul 10, 2023 | 01:24 PM



Saya gembira dapat bersama anda di Persidangan Masyarakat Gemilang Mendaki yang kedua, dianjurkan sebagai sebahagian daripada acara tahunan bulan Raikan Ilmu.

Dalam bulan ini, kita bersama-sama merayakan dan menghayati ilmu sebagai sebahagian daripada budaya kita, pada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Kita berhimpun hari ini kerana kita saling berkeinginan menyumbang semula kepada masyarakat dan membangunkan sebuah Masyarakat Berjaya.

Persidangan ini menghimpunkan pihak berkepentingan yang berbeza, untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh masyarakat, dan membincangkan idea-idea baru secara kolektif untuk membawa masyarakat ke hadapan.

Acara julung-julung kali yang diadakan pada 2022 menghimpunkan para pemimpin masyarakat Melayu/Islam daripada pelbagai pertubuhan.

Tahun ini, kita melihat ka arah para belia kita, yang merupakan masa hadapan masyarakat kita. Saya gembira melihat ramai dalam kalangan anda telah menerima undangan untuk menjadi sebahagian daripada proses kolaboratif dan inklusif yang penting ini.

Untuk melakar masa depan kita, kita mesti terlebih dahulu memahami sejarah kita. Mendaki ditubuhkan untuk meningkatkan taraf masyarakat melalui pendidikan.

Pada 1982, Mendaki melancarkan Skim Tuisyen Hujung Minggu, yang kita kenal hari ini sebagai Skim Tuisyen Mendaki. Melalui inisiatif ini, Mendaki telah menyediakan tuisyen bermutu pada kadar subsidi bagi memberi manfaat kepada masyarakat daripada sokongan pendidikan tambahan.

Selama beberapa tahun, Mendaki telah berubah untuk menyesuaikan diri dengan cabaran baru dan landskap sosial yang berkembang.

Forum Pemimpin Masyarakat, atau CLF, dibentuk pada 2003 untuk menyemarakkan usaha dan sumber bagi mengatasi cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.

Masyarakat kita telah mendapat manfaat daripada program-program seperti Tiga M, Belia Beraksi, dan Lingkaran Keluarga Cemerlang, atau FEC, yang diperkenalkan melalui empat rangkaian CLF, iaitu Pendidikan, Keluarga, Belia dan Kelayakan Kerja.

Semasa saya dalam Jawatankuasa Pemandu CLF, saya beruntung kerana berpeluang memimpin Rangkaian Kelayakan Kerja. Rangkaian ini telah diperkenalkan dan menjalankan rancangan seperti Job Ready, Job Steady; program Wanita Kembali Bekerja; dan program CareerLink Plus bagi meningkatkan guna tenaga dan kelayakan kerja tenaga kerja.

Banyak program seperti itu telah diperkukuh dan terus dijalankan hari ini.

Sementara pendidikan kekal sebagai asas perkhidmatannya, Mendaki kini turut menawarkan pelbagai bengkel kerjaya dan program bagi menyediakan para pelajar dan pekerja untuk Bersedia Bagi Masa Depan.

Kita semakin melihat ramai karyawan Melayu/Islam dalam pelbagai sektor yang lebih luas, termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, atau bidang Stem.

Bilangan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Juruteknik, atau PMET, Melayu, juga turut bertambah, daripada kira-kira 30 peratus pada 2010 kepada kira-kira 40 peratus dalam 2020, dengan ramai dalam sektor yang berkembang dan stabil.

Prospek kerjaya yang lebih baik bermakna pendapatan yang lebih baik juga.

Hari ini, rakan Mendaki dalam M3, Muis dan MESRA bekerja rapat dengan masyarakat dan agensi nasional bagi menjalankan dan melaksanakan program yang berkesan, merentasi 11 Bandar M3.


Melalui perkongsian ini, Mendaki telah dapat mendekati lebih 86,000 individu dan benefisiari pada 2022, satu tambahan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Saya gembira bahawa lebih ramai dalam masyarakat, terutama kanak-kanak dan belia, mendapat manfaat daripada program dan inisiatif Mendaki.

Contohnya, program Kelas MateMatika, atau KMM. Untuk membantu bagi memastikan setiap kanak-kanak mempunyai permulaan yang baik dalam hidup, program ini membolehkan para ibu bapa memberi sokongan dan mengasuh anak-anak mereka pada peringkat prasekolah dengan konsep asas celik angka.

Antara 2018 dengan 2022, bilangan yang menyertai KMM meningkat hampir 10 kali ganda. Program itu telah diperluaskan daripada 97 kanak-kanak pada 2018, apabila M3 mula dibentuk, kepada sasaran 2,500 kanak-kanak tahun ini melalui perkongsian dan pendekatan dengan prasekolah dan rakan setempat di pelbagai Bandar M3.


Tinjauan baru-baru ini oleh Pejabat Penilaian Program M3 menunjukkan bahawa KMM telah berkesan dalam membantu kanak-kanak memupuk kemahiran mengira, apabila sebilangan besar daripada mereka yang masuk ke Darjah 1 tidak lagi perlu mengikuti program Bantuan Pembelajaran Matematik. Ini satu pencapaian yang baik.


Di luar pembangunan kemahiran untuk anak-anak kita, kita mesti juga memastikan yang mereka membesar dalam sekitaran yang stabil dan dipupuk.

Izinkan saya mengongsi contoh Cik Idayu Abu Saleh, ibu empat orang anak dan pencari nafkah tunggal bagi keluarganya.

Beliau diperkenalkan kepada Mendaki FEC pada 2021. FEC adalah contoh yang baik bagi sokongan tidak formal, di mana sesebuah keluarga disediakan akses kepada sumber dan bahan untuk mengukuhkan sikap berdikari, berkongsi maklumat dan amalan terbaik bagi memenuhi keperluan dan kemajuan pendidikan anak-anak mereka, dan membentuk sistem bantuan sosial antara satu sama lain.

Melalui FEC, tiga orang anak Cik Idayu mendapat manfaat daripada Skim Tuisyen Mendaki. Anak-anak beliau juga menerima bantuan Dana Pendidikan Harun Ghani, masing-masing bagi pendidikan di peringkat sekolah rendah, menengah dan ITE (Institut Pendidikan Teknikal).

Dengan bantuan Mendaki, anak-anak beliau berupaya memenuhi keperluan pendidikan dan aspirasi mereka. Dengan mendapat manfaat daripada bantuan yang dihulurkan oleh FEC, Cik Idayu kini menjadi seorang jurulatih penyelarasan, kerana beliau ingin menyumbang semula kepada masyarakat.

Di samping membina asas akademik yang baik dan sekitaran yang stabil untuk anak-anak kita pada tahun-tahun awal mereka, Mendaki turut menjalankan banyak program bagi membantu individu muda mencapai potensi mereka sepenuhnya.

Inisiatif seperti Future of...” series, the NextStop Seminar, dan the Youth@M3 Networking Session dengan para pelajar peringkat pengajian tinggi memperkukuh kesedaran dalam kalangan belia tentang peluang-peluang dalam sektor yang berkembang.


Terdapat juga inisiatif seperti #amPowered mentoring programmes yang membantu para pelajar sekolah menengah dan ITE mengenai potensi laluan dan kemungkinan rancangan kerjaya.


Pada tahun lalu sahaja, lebih 2,000 belia mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Saya menggesa anda supaya menyertai program ini jika anda belum berbuat demikian, atau menimbangkan untuk menjadi sukarelawan jika anda sudah mendapat manfaat daripadanya, sebagai menyumbang semula kepada masyarakat.

Mendaki juga telah mula membangunkan ekosistem sokongan untuk golongan muda dalam komuniti kita untuk mencari tapak mereka dalam dunia pekerjaan.

Sejak 2019, ia telah membentuk Rangkaian Karyawan bagi membantu kumpulan PMET Melayu/Islam meluaskan modal sosial mereka.

Hari ini, terdapat lima Rangkaian Karyawan – Teknologi, Sains Hayat, Perbankan dan Kewangan, Guaman dan Kejuruteraan.

Izinkan saya memberi contoh tentang Encik Firdaus Hamzah, seorang pengurus kanan pembangunan perniagaan di Sembwaste yang juga anggota Rangkaian Karyawan Kejuruteraan Mendaki, yang dibentuk pada Mei 2023.

Beliau berhubungan dengan karyawan kejuruteraan lain dari syarikat berlainan, menerusi pelbagai sesi perbincangan.

Beliau kemudian berkongsi pengalamannya dengan karyawan Melayu/Islam lain dalam sektornya dan membimbing enam orang pelajar dan karyawan muda kejuruteraan.

Rangkaian seperti itu membolehkan karyawan seperti Encik Firdaus menyumbang semula kepada masyarakat sambil memanfaatkan sokongan dan pengalaman orang lain dalam sektor yang sama.

Hampir 420 karyawan telah tampil menyertai Rangkaian Karyawan ini dan saya difahamkan bahawa beberapa lagi rangkaian akan ditubuhkan pada 2023.

Saya menggalak anda supaya mendaftarkan diri jika anda belum berbuat demikian atau boleh memulakan rangkaian anda sendiri.

Masyarakat kita telah mencapai kemajuan penting dalam pendidikan dan pendapatan keluarga berbanding sedekad lalu.

Kita telah berupaya memanfaatkan pelbagai kekuatan masyarakat kita untuk menjaga satu sama lain.

Kita beruntung kerana mempunyai banyak pertubuhan Melayu/Islam baik yang tampil untuk menyokong pelbagai segmen masyarakat kita.

Sebagai sebuah masyarakat, kita telah membuktikan bahawa dengan bekerja bersama kita dapat mempertingkatkan satu sama lain.

Tanpa mengira titik permulaan, kita telah dapat menghubungkan, membimbing dan memberi panduan kepada orang lain bagi membuka jalan ke arah kemajuan bersama.

Sambil kita menetapkan cita-cita kita yang tinggi, marilah kita meneruskan semangat menyumbang semula dan membantu lebih ramai lagi dalam kalangan kita untuk mencapai impian mereka.

Izinkan saya mengakhiri ucapan ini dengan menyampaikan secara ringkas dalam bahasa Melayu.

Saya berbesar hati melihat ramai belia menyahut undangan untuk menghadiri Persidangan Masyarakat Gemilang tahun ini.

Sebagai generasi pelapis, anda memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan masyarakat kita.

Saya menggalakkan anda agar menyumbang idea dan masa untuk menyertai atau memperkembangkan inisiatif-inisiatif seperti Rangkaian Karyawan yang telah ditubuhkan Mendaki.

Sebagai sebuah masyarakat, marilah kita berganding bahu dan membantu satu sama lain untuk memanfaatkan peluang-peluang yang ada demi membentuk masyarakat gemilang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >