Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

George Goh hormat keputusan Ng Kok Song pertimbang langkah tanding jawatan Presiden

Jul 16, 2023 | 08:37 PM



Calon potensi Pilihan Raya Presiden dan usahawan, Encik George Goh, berkata beliau menghormati keputusan mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, yang sedang “mempertimbangkan” langkah bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Penyertaan Encik Ng, 75 tahun, akan membawa kepada sekurang-kurangnya tiga calon potensi Pilihan Raya Presiden akan datang.

Seorang lagi bakal calon yang telah mengumumkan hasrat untuk bertanding ialah mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun.

Ditemui media semasa kunjungannya di Pasar dan Pusat Penjaja Geylang Serai pada Ahad, Encik Goh, 63 tahun, ditanya mengenai kemungkinan Encik Ng menyertai pertandingan itu.

“Kalau tak silap ia belum disahkan lagi, jadi ia hanya spekulasi. Sukar untuk mengulas kerana calon ketiga belum membuat sebarang keputusan pada ketika ini. Saya menghormati keputusannya,” kata Encik Goh.

Pada Sabtu, Encik Ng berkata beliau sedang “mempertimbangkan” langkah bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Komen Encik Ng itu dikeluarkan lebih sebulan selepas Encik Goh berkata pada 12 Jun bahawa beliau berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Pada 8 Jun, Encik Tharman mengumumkan beliau berhasrat bertanding dalam pilihan raya tersebut dan meletak jawatan daripada pemerintah dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 7 Julai.

Walaupun enggan mengulas lanjut mengenai pesaing terbarunya, Encik Goh menyatakan pendapatnya bahawa bakal calon presiden tidak harus berpihak dari segi politik dan pemerintah.

Ini, menurut beliau, termasuk penglibatan calon dalam pemerintah, aktiviti akar umbi atau memegang peranan penasihat serta sebarang pelantikan dalam syarikat berkait pemerintah dan melibatkan dana negara.

“Ini akan menyusahkan calon untuk menjadi bebas,” kata beliau. 

Pada tengah hari Ahad, Encik Goh bersama isterinya, Cik Lysa Sumali membuat lawatan selama lebih sejam ke Pasar dan Pusat Penjaja Geylang Serai untuk beramah mesra dengan pegerai dan pengunjung di sana.

Encik Goh, yang berbual dalam bahasa Melayu, berkata: “Peniaga di sini mesra dan sikap mereka yang kami lihat adalah positif. Mereka sering senyum saja.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >