Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Idea tercetus dari hasil tinjauan dengan lebih 1,000 belia

Geran baru NHB, NYC galak belia laksana projek warisan

Oct 26, 2023 | 04:31 PM



Sebuah dana baru bagi membina keupayaan generasi peminat warisan akan datang dilancarkan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dan panel belianya bersama Majlis Belia Kebangsaan (NYC) pada Khamis.

Melalui geran itu – Young ChangeMakers – Youth Heritage Kickstarter Fund – belia digalak membangun dan melaksana projek warisan bermanfaat kepada masyarakat tempatan dan seterusnya menyumbang kepada kerancakan dan kemampanan ekosistem warisan Singapura.

Ini diumumkan NHB dan NYC dalam satu kenyataan.

Dana itu sebahagian daripada skim Young ChangeMakers (YCM), yang menyediakan dana bagi kumpulan tidak rasmi dan individu berusia antara 13 dengan 35 tahun melaksana projek kemasyarakatan.

Pemohon yang berjaya akan menerima pembiayaan dalam bentuk dana pemula hingga 80 peratus daripada kos yang disokong untuk projek mereka, dengan had $7,000, bergantung pada merit projek.

NHB dan NYC akan memberi sokongan selanjutnya dengan menawarkan peluang rangkaian dan bimbingan untuk pemohon belia yang berminat mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka merancang konsep dan melaksana projek warisan.

Projek boleh diselenggarakan dalam pelbagai bentuk, seperti pameran, program lawatan berpandu, ceramah, kuliah dan bengkel, pemasangan karya seni luar sementara dan banyak lagi.

Geran itu hasil langsung daripada satu tinjauan dalam talian yang dilancarkan NHB dan panel belianya dari Julai hingga September untuk mengumpulkan maklum balas dan idea belia bagi Rangka Tindakan Warisan Belia akan datang.

Tinjauan itu mendapati lebih 1,000 maklum balas daripada belia, dan secara keseluruhan, dapatannya menggalakkan kerana lebih separuh responden berminat menyumbang kembali kepada sektor muzium dan warisan.

Lebih tiga dalam 10 belia bersedia memulakan dan memimpin projek warisan mereka sendiri.

Contoh projek warisan yang diterajui belia yang boleh dikemukakan oleh responden termasuk menerokai sejarah dan/atau sejarah kurang dikenali berkaitan isu yang sangat diminati belia masa kini; memacu usaha yang diterajui komuniti untuk menjadikan warisan relevan dan lebih mudah diakses merentas kejiranan, generasi, budaya dan sebagainya; dan mempersembah warisan melalui medium kreatif dan interaktif bagi menarik minat belia dan rakyat Singapura amnya dengan lebih baik.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar & Komuniti) NHB, Encik Alvin Tan, berkata: “Dengan menyediakan sumber dan sokongan yang diperlukan kepada belia melalui dana pemula kami, kami berharap dapat mengubah cara belia melibatkan diri dalam mengalami warisan, dan mengembangkan kumpulan belia kami.”

Timbalan Ketua Eksekutif NYC, Encik Tan Lin Teck, pula berkata: “NYC komited untuk menyediakan pelbagai peluang bagi belia kita mengejar minat dan aspirasi mereka.

“Perkongsian dengan NHB ini akan membolehkan anak muda Singapura berkumpul dan membangunkan projek yang merai kekayaan warisan kita dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kami juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk melangkah ke hadapan dan menyumbang kembali kepada warisan Singapura.”

Belia berminat boleh memohon kepada YCM - YHKF melalui Geran YCM NYC di https://go.gov.sg/ycm-apply




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >