Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gojek kurangi komisen, penumpang dikenakan yuran bagi bayaran tanpa tunai

Oct 19, 2023 | 07:43 PM



Mulai 1 November hingga sekitar akhir 2024, syarikat kenderaan sewa privet, Gojek, akan mengurangkan komisen yang diambil daripada pemandu yang menggunakan aplikasi elektroniknya.

Komisen itu akan dikurangkan daripada 15 peratus kepada 10 peratus daripada tambang bagi setiap perjalanan.

Langkah itu bertujuan menangani masalah berterusan kekurangan bekalan yang melanda sektor pengangkutan dari satu tempat ke tempat (P2P).

Ini pula telah menyebabkan tambang melonjak lebih tinggi dan masa menunggu lebih lama bagi penumpang, lapor The Straits Times.


Dalam makluman medianya pada Khamis, Gojek menyatakan permintaan yang kian meningkat bagi perkhidmatan pengangkutan dan kos operasi lebih tinggi bagi pemandu merupakan sebab ia mengurangkan kadar komisen atau “yuran perkhidmatannya”.

“Mengurangkan yuran perkhidmatan ini akan membantu meningkatkan pendapatan yang dibawa pulang bagi pemandu, dan memastikan khidmat Gojek terus dipercayai dan mudah diperolehi pengguna,” kata jurucakap Gojek Singapura.

Beliau menambah usaha syarikat itu untuk menambah bekalan pemandu sepanjang hari juga akan membantu memperbaiki pengalaman pengangkutannya.

Gojek juga mengumumkan mulai 1 November ini, ia akan mengenakan yuran transaksi antara 10 dengan 60 sen kepada penumpang yang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai untuk perjalanan mereka. Ini kali pertama Gojek memperkenalkan yuran sedemikian.

Syarikat itu menyifatkan yuran itu sebagai “satu amalan biasa industri”, dan berkata jumlah yang dikenakan adalah berperingkat berdasarkan jarak perjalanan.

“Ini tidak akan memberi kesan kepada pendapatan keseluruhan anda,” kata syarikat itu kepada para pemandunya dalam satu catatan blog pada Khamis.

Ia berkata yuran baru itu akan tercatat pada resit pelanggan sebagai komponen “yuran transaksi bayaran” yang baru.

Bagi membantu mengimbangi yuran itu dan meningkatkan jumlah penumpang, syarikat itu akan menawarkan kod promosi baru yang memberi diskaun 15 peratus bagi tambang perjalanan Gojek, dihadkan pada $5, mulai 1 November ini.

Promosi baru itu akan ditawarkan sepanjang November.

Perubahan lain mulai November ini termasuk skim insentif yang disemak bagi pemandu yang akan mengambil kira kadar penerimaan perjalanan mereka, yang perlu mencapai kadar minimum 60 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >