Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GSA yakin kekal relevan kerana miliki perwakilan dan pengetahuan tempatan

Aug 12, 2023 | 05:30 AM



Ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) yang dihubungi Berita Harian (BH) tetap yakin permintaan pakej umrah akan terus bertahan.


Ini sungguhpun jumlah jemaah umrah yang memilih untuk melakukan sendiri (DIY) ibadah umrah dijangka bertambah bagi tahun-tahun mendatang.

Menurut Pengarah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, Ustazah Juyda Noor Mohamad, peranan GSA akan kekal relevan kerana perwakilan dan pengetahuan tempatan berbanding jemaah DIY.

“Umrah DIY turut mempunyai bahaya tersendiri.

“Jangan ada kemalangan atau kehilangan nyawa (semasa buat DIY) kerana di sana prosesnya lain.

“Ini berbanding jika jemaah pergi mengikut pakej kerana pegawai akan memberi bantuan dan akan berhubungan dengan konsul Singapura di Jeddah (jika berlaku sesuatu),” jelas beliau, yang juga merupakan Setiausaha Persatuan Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas).

Hal sedemikian turut dikongsi Pengurus Umum Halijah Travel Pte Ltd, Encik Haffidz Abdul Hamid.

Beliau menyatakan jemaah umrah DIY mungkin perlu membuat penyesuaian sendiri sekiranya berlaku sebarang masalah atau kecemasan.

Tetapi dengan adanya wakil syarikat jika mengambil pakej, bantuan dapat dihulurkan dengan serta-merta.

Oleh demikian, Pengasas Umrah DIY Singapore, Cik Fasihah Faqih, berkata jemaah yang merancang umrah buat pertama kali, telah berumur atau mempunyai masalah kesihatan disarankan mengikut pakej demi keselamatan serta keselesaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >