Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna cerita rakyat suntik kesedaran, juara peraduan lestari air

Sep 18, 2023 | 06:10 PM



Cerita rakyat seperti kisah gagak yang haus digunakan oleh Cik Amirah Aman untuk menjelaskan tentang peri pentingnya air.

Kisah seperti itu juga digunakan secara kreatif mengenai AirBaru oleh Cik Amirah, 21 tahun, sehingga menempatkannya sebagai pemenang pertandingan PUB Splash Lab dengan hadiah sebanyak $3,000.

“Ada rakan sekelas yang tidak begitu faham tentang AirBaru dan masih menganggapnya sebagai air yang kotor.

“Melalui kisah-kisah dongeng, saya harap dapat mengubah fikiran mereka dengan cara yang lebih kreatif dan dekat di hati.

“Saya juga menggunakan kisah ‘The Thirsty Crow’, kisah yang sering saya dengar sejak kecil lagi sebagai jalan cerita utama bagi kempen saya kerana ia memberi kepentingan tentang air dan amat sesuai bagi projek ini.

“Ibu saya juga merupakan seorang guru tadika dan nasihatnya banyak membantu,” kata Cik Amirah, pelajar tahun akhir Politeknik Temasek dalam kursus Perhubungan Reka Bentuk.

Menurutnya lagi, lawatan sekolah ke bangunan AirBaru semasa kecil dan kesedaran tentang sikap kebanyakan orang tentang AirBaru mendorongnya melakukan yang terbaik dalam pertandingan PUB Splash Lab anjuran agensi air Singapura itu.

Bertema Kelestarian Air, pertandingan Splash Lab edisi ketiga pada 2023 ini bekerjasama dengan lima politeknik tempatan bagi menggalak belia menghasilkan idea inovatif dan mencabar untuk menghasilkan kempen awam.

Kempen itu khusus untuk meningkatkan kesedaran tentang kelestarian air di samping pertukaran dan perubahan iklim.

Mereka juga harus menghasilkan bahan-bahan yang sesuai untuk kempen mereka, termasuk bungkusan yang boleh mendidik orang awam tentang betapa penting peranan AirBaru dalam memastikan kelestarian sumber air Singapura.

Cik Amirah, yang juga merupakan juara pertandingan berada dalam ‘Team Fables’, telah menghasilkan kempen yang dinamakan ‘Fables for the Thirsty World’.

Melalui kisah-kisah dongeng, beliau menceritakan kisah di sebalik AirBaru.

Ketika ditanya tentang kejayaannya menjuarai pertandingan itu, Cik Amirah berkata beliau tidak sangka akan menang. Malah, pada mulanya beliau tidak ingin menyertai pertandingan itu kerana akur akan perbezaan antara sekolah dengan industri.

“Saya juga gementar kerana harus bertanding dengan sekolah-sekolah lain. Namun, saya amat gembira dan akan menggunakan wang ini untuk membeli barangan sekolah dan simpan bakinya untuk perkara-perkara lain yang ingin saya beli di masa hadapan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >