Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab Perkhidmatan Pengupayaan pertamadi Tampines West CC

Aug 14, 2023 | 06:07 PM



Hab Perkhidmatan Pengupayaan (ESH) pertama telah dilancar SG Enable dan Persatuan Cacat Anggota (SPD) untuk membangunkan ekosistem sokongan lebih kukuh bagi orang kurang upaya dan keluarga mereka yang tinggal di Tampines dan Bedok.

Pelancaran itu dirasmikan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Kelab Masyarakat Tampines West, pada Isnin.

Menurut Encik Masagos, yang juga penasihat akar umbi GRC Tampines, pelancaran ESH merupakan satu langkah dalam memenuhi wawasan Pelan Induk Pemerkasaan (EMP) 2030.

Pelan induk itu, yang dilancarkan pada Ogos 2022, menggariskan cara bagaimana Singapura sebagai sebuah masyarakat, mampu memperkasakan golongan kurang upaya dengan lebih baik.

“EMP 2030 menetapkan sebuah visi iaitu untuk Singapura menjadi masyarakat penyayang dan inklusif, di mana golongan kurang upaya diperkasa untuk mengejar aspirasi mereka, mencapai potensi mereka, dan mengambil bahagian sebagai ahli masyarakat penting,” kata Encik Masagos.

ESH bertujuan membangunkan ekosistem sokongan lebih kukuh untuk orang kurang upaya melalui perkhidmatan pendamping, kegiatan riadah sosial dan kursus.

Melalui kerjasama dengan rakan kongsi masyarakat seperti Persatuan Rakyat, Pusat Sukarelawan SG Cares, CaringSG, sekolah dan perpustakaan, klien dan masyarakat dapat menyertai kegiatan bersama dan memupuk budaya yang lebih inklusif dalam kawasan kejiranan.

Semasa berucapa di majlis pelancaran, Encik Masagos berkata penduduk menghabiskan sebahagian besar hidup mereka sama ada di rumah atau di kawasan kejiranan.

Justeru, ESH diletakkan di Kelab Masyarakat Tampines West untuk berfungsi sebagai titik sentuh tempatan yang menghubungkan penduduk kurang upaya dan keluarga mereka kepada perkhidmatan bagi orang kurang upaya dan perkhidmatan masyarakat.

Di ESH, penduduk kurang upaya boleh menyertai program, seperti kursus kehidupan harian dan kemahiran digital. Di samping itu, penjaga orang kurang upaya boleh berjeda di ESH dan berjumpa dengan penjaga lain.

“Untuk Singapura benar–benar menjadi inklusif, orang kurang upaya mesti berhubung secara sosial dengan masyarakat.

“ESH bukan hanya sekadar ruang fizikal di Tampines West CC. Ia adalah mengenai individu dan pertubuhan yang bersatu untuk menjadikan keterangkuman sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian mereka,” tambah Encik Masagos.

Sebagai contoh, penduduk kurang upaya dan penduduk lain mengambil bahagian bersama dalam kegiatan kecergasan seperti Bokwa dan tarian kardio.

Kanak–kanak juga bermain sesama sendiri dan mengambil bahagian dalam acara dan kegiatan masyarakat bersama.

“Masyarakat penyayang dan inklusif bukan sekadar konsep kabur yang kita percayai atau langgan, ia menjadi realiti hidup kita. Dengan melibatkan diri dalam interaksi yang bermakna, kita membina ikatan yang lebih kukuh dan menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan inklusif.

“Apabila orang kurang upaya mengambil bahagian sebagai ahli penting dalam masyarakat, masyarakat juga mendapat manfaat. Kita belajar untuk bekerja, hidup dan bermain bersama–sama dengan penduduk lain,” ujar Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >