Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hadiah 500 baju Hari Raya bagi keluarga kurang nasib baik

Apr 20, 2023 | 04:00 PM



SEKITAR 500 pasang baju baru telah dihadiahkan kepada keluarga kurang bernasib baik bersempena Syawal yang bakal tiba.





Baju kurung dan baju Melayu tersebut merupakan sumbangan orang ramai kepada Vision 21 – pertubuhan bukan untung yang diasaskan pada 1999 – untuk disalurkan kepada golongan tersebut.





Demikian dinyatakan Presiden Vision 21 dan Pengarah Kreatif & Logistik TravelConnect.sg, Encik Muhammed Zacree Mohd Zain.





Beliau menjelaskan: “Alhamdulillah kami telah menerima sumbangan baju-baju tersebut sejak tiga minggu lalu.





“Sambutan oleh orang ramai begitu luar biasa dan kami berjaya memberikan sekitar 80 peratus daripada stok yang ada (kepada mereka yang hadir).”

Baju kurung tersebut diedarkan sempena majlis iftar beramai-ramai yang diadakan di Dewan 5 Singapore Expo.





Ia dianjurkan secara bersama oleh Vision 21, TravelConnect.sg dan Mak Besar.

Dianggarkan lebih 700 benefisiari hadir dalam majlis itu dan menerima pek barangan dapur yang bernilai $50.





Secara keseluruhan, sebanyak 1,000 pek barangan dapur bernilai $50,000 diagihkan.

Para penerima bantuan membawa pulang pek berisi dengan barangan dapur seperti minyak masak, beras, rempah ratus dan kuih Hari Raya.





“Ini merupakan majlis iftar besar-besaran kedua kami untuk Ramadan 2023, yang pertama adalah di Kampung Glam pada 2 April.





“Saya berbesar hati dan berterima kasih kepada sukarelawan kami kerana menyahut panggilan untuk membantu,” tambah beliau.





Encik Zacree mengulas bahawa beliau ingin meluaskan acara seperti ini untuk menjangkau bulan-bulan selain dari bulan Ramadan.





Ini setelah rata-rata maklum balas yang diberi oleh benefisiari sangat memberangsangkan.





“Ini adalah sesuatu yang kami harap dapat dikembangkan bukan saja pada bulan Ramadan, bahkan pada bulan-bulan lain juga,” ujarnya.





Acara ini turut disokong lima kelab masyarakat iaitu Hougang CC, Kaki Bukit CC, Bukit Batok CC, Redhill CC dan Kampong Delta CC.



Laporan lain:



Acara berbuka beramai-ramai di Kampong Glam disambut baik



Lebih 300 sertai acara berbuka di Bazar Raya Geylang Serai

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >