Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE bercampur-campur, kekal antara tertinggi sejak 1990

Jun 21, 2023 | 06:34 PM



Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu, walaupun ia kekal antara yang tertinggi sejak sistem kuota itu dimulakan pada 1990.

COE bagi kereta lebih kecil dan berkuasa rendah ditutup 1.8 peratus lebih rendah pada $96,206.

Bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi pula, COE-nya ditutup 0.2 peratus lebih tinggi pada paras paling tinggi baru $120,702.

COE Terbuka, yang boleh digunakan bagi sembarang jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta lebih besar, ditutup 1.7 peratus lebih tinggi pada $123,000.

COE kenderaan komersial pula ditutup 1.6 peratus lebih tinggi pada $83,140, manakala COE motosikal mencatatkan penurunan terbesar sebanyak 2.7 peratus kepada $10,709.

Menurut akhbar The Straits Times, peniaga kenderaan berkata penyesuaian baru-baru ini untuk meningkatkan bekalan COE tidak mempunyai kesan ketara pada harga sijil itu kerana syarikat dan pengendali kenderaan terus menjadi pengaruh utama.


Pengerusi kumpulan motor Prime, Encik Neo Nam Heng, berkata:

“Asas bekalan masih terlalu kecil. Dan melihat ke hadapan, peningkatan bekalan bermusim seterusnya – bermula dari tahun depan – mungkin tidak sebesar yang dijangka kerana banyak kereta mempunyai rebat cukai besar, yang bermaksud rebat sekerap mereka amat kecil.

“Pemilik (kenderaan) akan memperbaharui COE mereka untuk menyimpan kereta ini selama lima atau 10 tahun lagi.”

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), bilangan bidaan bagi COE kereta (termasuk kategori Terbuka) jatuh sebanyak 10.4 peratus kepada 1,685.

Seorang peniaga berkata: “Ia tidak masuk akal. Kami mendengar beberapa pihak menyebarkan khabar angin bahawa kuota selanjutnya mulai November akan lebih kecil.

“Tetapi tanda-tanda sebenarnya menunjukkan kuota lebih besar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >