Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

APA KESANNYA?

Harga flat BTO ditetap pada kadar lebih rendah agar kekal dimampui

Aug 20, 2023 | 09:40 PM



Model perumahan baru ‘Plus’ akan membolehkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meletakkan harga lebih rendah bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di lokasi lebih menarik, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

HDB juga akan memberi lebih banyak subsidi untuk pembeli yang memohon Flat Plus, melebihi subsidi untuk flat BTO Standard tetapi akan mengenakan syarat jualan semula yang lebih ketat, termasuk tempoh penginapan minimum (MOP) yang lebih panjang.

Berucap pada Rapat Hari Kebangsaan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio Drive, Encik Lee mengulangi komitmen pemerintah dalam memastikan perumahan awam di Singapura mampu dimiliki, adil serta mempunyai pergaulan sosial yang baik.

Beliau menarik perhatian kepada projek BTO di Ang Mo Kio, Central Weave, yang mendapat sambutan luar jangkaan walaupun terdapat banyak aduan bahawa harganya terlalu tinggi dan tidak mampu dimiliki. Rumah flat lima bilik dan 3-Gen (Tiga Generasi) berharga antara $713,000 hingga $877,000 sebelum geran.

“Central Weave terletak di pusat bandar Ang Mo Kio. Bersebelahan MRT dan pertukaran bas. Berhampiran pusat penjaja, pasar dan Hab Ang Mo Kio. Ia adalah lokasi yang sangat baik; projek yang sangat diingini.

“Lebih 6,500 isi rumah memohon untuk 372 flat. Amat jelas, para pemohon ini mendapati projek Central Weave ini mampu dimiliki dan berpendapat harga yang ditawarkan berbaloi. Dan tidak syak lagi ramai yang berharap flat mereka akan memperoleh harga jualan semula yang tinggi di kemudian hari,” kata Encik Lee.

Encik Lee menambah bahawa di bawah model klasifikasi perumahan semasa, HDB “menghadapi dilema dengan projek di lokasi pilihan”.

Jika HDB meletakkan harga lebih tinggi, ia akan mengurangkan permintaan tetapi menjadikannya tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan keluarga. Sebaliknya pula, jika HDB meletakkan harga lebih rendah, lebih ramai isi rumah akan mampu membelinya tetapi ia akan memburukkan lagi “kesan loteri” memandangkan keuntungan harga jualan semula yang lebih tinggi.

“Bagi setiap pembeli yang berjaya, akan ada 20 atau lebih lagi pembeli yang tidak berjaya, yang kecewa dan tidak berpuas hati. Dan ini tidak adil,” kata Encik Lee.

Bagi mengelakkan perkara ini, Encik Lee mengumumkan bahawa pemerintah akan memperkenalkan sistem klasifikasi baru mulai separuh kedua 2024 – Flat Standard, Flat Plus dan Flat Perdana – untuk membezakan projek BTO mengikut atribut lokasi mereka.

Kategori Flat Plus baru adalah flat BTO yang dibina di lokasi pilihan seperti berhampiran stesen MRT atau pusat bandar. Flat ini akan datang dengan lebih banyak subsidi dan sekatan yang lebih ketat, berbanding flat BTO Standard.

Mereka juga akan mempunyai MOP yang lebih panjang selama 10 tahun, yang sesuai bagi pembeli yang merancang untuk tinggal di sana untuk jangka panjang dan tidak menggalakkan mereka yang mungkin berfikir untuk menjual rumah itu dan berpindah secepat mungkin, kata Encik Lee.

Walaupun penjualan projek Central Weave telah tamat, Encik Lee berkongsi bahawa jika ia dijual di bawah model klasifikasi perumahan Plus baru, harga untuk Central Weave akan jauh lebih rendah disebabkan subsidi yang lebih tinggi sambil meletakkan syarat jualan semula yang lebih ketat buat pembeli.

Sekatan lain yang lebih ketat termasuk mendapatkan kembali subsidi yang digunakan pada harga jualan semula, untuk mengambil semula diskaun tambahan, agar ia adil kepada pembeli lain yang tidak mendapat Flat Plus ini dan mengenakan siling pendapatan ke atas pembeli jualan semula, sama seperti mempunyai siling pendapatan pada pembeli kali pertama.

“Ini akan mengurangkan harga jualan semula dan membantu mengekalkan campuran sosial yang lebih baik, termasuk juga bagi pasaran jualan semula dalam jangka panjang.

“Sementara kami membina lebih banyak projek dalam kawasan matang, model Plus ini akan membantu kami memenuhi tiga matlamat kami: mampu dimiliki, campuran sosial yang baik dan keadilan.

“Ia akan membantu rakyat Singapura mencari rumah yang sesuai dengan keperluan mereka, termasuk di lokasi yang baik. Bukan sahaja untuk anda, tetapi untuk anak-anak anda juga,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >