Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Harga kondo jualan semula susut dua bulan berturut-turut

Unit jualan semula naik 4 peratus
Aug 29, 2023 | 06:17 PM



Harga kondominium jualan semula merosot dua bulan berturut-turut pada Julai dan menurut pakar hartanah, ini menunjukkan isyarat harga yang semakin stabil dalam persekitaran ekonomi yang agak merudum.

Harga merosot sebanyak 0.2 peratus pada Julai menyusuli kemerosotan 0.1 peratus pada Jun, menurut perangkaan portal hartanah 99.co dan SRX yang dikeluarkan pada Selasa.

Harga unit kondo di kawasan luar bandar yang bertukar tangan merosot 0.2 peratus sementara harga unit kondo di daerah utama meningkat 1.1 peratus.

Jumlah unit yang dijual semula meningkat 4 peratus – daripada 804 unit pada Jun kepada 836 unit pada Julai.

Menurut pakar, kemerosotan harga rumah privet disebabkan kadar gadai janji yang lebih tinggi serta langkah penyejukan pasaran hartanah pada April, yang merangkumi kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) yang meningkat dua kali ganda, daripada 30 peratus kepada 60 peratus bagi warga asing yang membeli hartanah kediaman.

Ketua eksekutif Huttons Asia, Encik Mark Yip, berkata persekitaran ekonomi tidak menentu mungkin menyebabkan rundingan harga lebih intensif bagi pembeli yang lebih prihatin terhadap harga dan ini mungkin menyebabkan harga yang lebih rendah pada Julai.

Ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, menyatakan pembeli rumah lebih berjaga-jaga dan memilih dalam pembelian hartanah, disebabkan kadar faedah yang lebih tinggi dan kenaikan harga rumah.

Bakal pembeli juga mungkin menunggu bagaimana harga akan berubah dalam suku-suku akan datang sebelum mereka memasuki pasaran, kata Cik Wong.

Sementara harga jualan semula kondo merosot bagi bulan kedua, kemerosotan tersebut terlalu sedikit untuk dilihat sebagai pembetulan harga, menurut naib presiden kanan bagi kajian dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun.

Sebaliknya, ia isyarat awal akan harga yang semakin stabil disebabkan bekalan yang meningkat dengan lebih banyak unit kondo yang siap, tambahnya.

Pakar turut menyatakan bahawa sebahagian pembeli mungkin telah mempercepatkan pembelian mereka sebelum tempoh perayaan ‘Hungry Ghost’ bagi masyarakat Cina, yang bermula pertengahan Ogos.

Encik Yip berkata peningkatan dalam pasaran jualan semula HDB pada Julai, dengan sebanyak $30 juta dari segi urus niaga flat, turut membantu dalam meningkatkan transaksi kondo dengan lebih ramai pemilik HDB yang memilih untuk membeli kondo.

Pemilik HDB akan mempertimbangkan insentif untuk membeli hartanah privet sedang pasaran jualan semula HDB semakin rancak dan harga hartanah privet kekal sederhana, kata Cik Wong.

Beliau turut berkata jumlah pembeli warga asing terus menjunam pada Julai.

Transaksi golongan ini membentuk 1.4 peratus unit jualan semula – jumlah unit kondo paling rendah yang dibeli warga asing sejak Disember 1995.

Warga asing membeli sekitar 2 peratus unit kondo yang dijual semula pada Jun dan 3.7 peratus pada Mei, menurut data URA Realis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >