Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga rumah privet naik 0.5%: URA

Oct 02, 2023 | 05:19 PM



Harga rumah privet di Singapura naik 0.5 peratus pada suku ketiga 2023 berbanding suku sebelumnya, menurut anggaran awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), yang dikeluarkan pada Isnin.

Ini berbanding kemerosotan 0.2 peratus suku-ke-suku dalam indeks harga bagi suku kedua 2023, yang menandakan penurunan pertama dalam sekitar tiga tahun.

Menurut The Business Times, tahun-ke-tahun, indeks harga rumah privet naik 4 peratus, secara keseluruhan.


Peningkatan dalam indeks harga bagi suku ketiga 2023 didorong oleh kenaikan 5.1 peratus suku-ke-suku dalam harga rumah privet tidak berhalaman di pinggir bandar atau di Luar Kawasan Tengah (OCR), berbanding kenaikan 1.2 peratus pada suku kedua 2023.

Harga rumah tidak berhalaman di pinggir bandar atau Baki Kawasan Tengah (RCR) juga meningkat 2.3 peratus pada suku ketiga, berbanding penurunan 2.5 peratus pada suku sebelumnya.

URA berkata harga lebih tinggi di kedua-dua kawasan itu “disokong oleh permintaan kukuh daripada pemilik-penduduk tempatan”.

Namun, di kawasan utama atau Kawasan Tengah Utama (CCR), harga rumah tidak berhalaman jatuh 2.6 peratus pada suku ketiga, penurunan lebih curam berbanding penurunan 0.1 peratus pada suku kedua.

Indeks keseluruhan harga hartanah tidak berhalaman URA naik 2.1 peratus pada suku ketiga, berbanding kemerosotan 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

Indeks harga hartanah berhalaman jatuh 4.9 peratus pada suku ketiga, berbanding peningkatan 1.1 peratus pada suku kedua.

URA berkata kenaikan 0.5 peratus suku-ke-suku dalam indeks harga rumah privet secara keseluruhan pada suku ketiga adalah “jauh lebih rendah berbanding purata kenaikan suku tahunan sebanyak 2.1 peratus pada 2022”.

Tambahan lagi, jumlah transaksi jualan jatuh sekitar 15 peratus suku-ke-suku dan sekitar 26 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2023.

Transaksi jualan (hingga pertengahan September) berjumlah 4,569 pada suku ketiga 2023, berbanding 5,388 pada suku kedua 2023 dan 6,148 pada suku ketiga 2022.

URA merumuskan: “Secara keseluruhan, harga hartanah perumahan privet pada umumnya kekal mendatar di tengah-tengah jumlah transaksi jualan yang lebih rendah pada suku ketiga 2023.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >