Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Hargai jasa mantan pengerusi masjid terdahulu

Aug 11, 2023 | 06:00 AM



Masjid Ar-Raudhah tidak melupakan pengorbanan dua bekas pemimpinnya yang terdahulu turut menyumbang dalam perjuangan dakwah di masjid tersebut.

Masjid menghargai peranan Encik Shuhaimi Maridin dan Encik Malik Majid, yang dahulu memegang jawatan Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, pada awal tahun 2000.

Ketika bercerita tentang cabaran sebagai pengerusi, Encik Shuhaimi Maridin, mantan Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, berkata tempoh pimpinannya pernah mencatatkan pengalaman yang sukar.

“Setiap pimpinan akar umbi berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mengurus masjid, khususnya dari segi perbelanjaan dan pengurusan harian. Semasa saya mengetuai pimpinan, saya pernah berhadapan dengan kelewatan proses peningkatan masjid disebabkan beberapa masalah. Usaha menaik taraf masjid boleh makan masa yang lama kerana ia memerlukan kelulusan daripada pelbagai pihak.

“Oleh itu, hal ini mungkin menimbulkan kemarahan atau rasa tidak puas hati sesetengah jemaah. Bagaimanapun, kami sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan supaya jemaah dapat menikmati kemajuan dari masa ke masa,” katanya yang pernah menyandang pengerusi Masjid-Ar-Raudhah pada tahun 2008-2012.

Sementara itu, mantan Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Encik Malik Majid, juga berkongsi tentang pengalaman beliau mengumpul pelapis masjid dan mencari dana ketika mentadbir masjid tersebut pada 2004-2008.

“Seawal tahun 2000, masjid memerlukan banyak tenaga kerja luar. Oleh itu, kami berusaha mencari pelapis untuk mendampingi masyarakat Islam sehingga berjaya menarik beberapa lulusan agama menyertai penglibatan dakwah masjid.

“Alhamdulillah, sehingga kini, banyak belia yang sudah mula berkhidmat di masjid. Lebih mengharukan, ramai juga yang menyampaikan sumbangan kepada usaha pengumpulan dana pembangunan masjid melalui acara kebajikan seperti pertandingan golf dan sebagainya.

“Selain itu, Masjid Ar-Raudhah juga merupakan antara masjid yang memiliki van jenazah sendiri, hasil daripada sumbangan beberapa individu untuk digunakan sebagai perkhidmatan percuma kepada masyarakat yang menderma sebagai ahli Skim Pintar Ar-Raudhah,’‘ ujar Encik Malik.

Cara Menderma kepada Masjid Ar-Raudhah


+ PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan “Infaq MUP” dalam ruangan “reference”. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

+ Pemindahan bank ke dalam akauan semasa OCBC 501-806368-001.

+ Cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ dan kirimkan ke alamat 30 Bukit Batok East Ave 2, Singapura 659919.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >