Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB belanja $4.7b bangun flat BTO, sedia subsidi, geran

Oct 31, 2023 | 05:59 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) membelanjakan sebanyak $4.7 bilion pada 2022, naik 22 peratus berbanding 2021, untuk membangunkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO), serta menyediakan subsidi dan geran perumahan di bawah Program Pemilikan Rumah.

Peningkatan dalam perbelanjaan itu termasuk menyerap kos pembinaan, yang meningkat sekitar 40 peratus sejak tahun kewangan 2019 (FY2019), disebabkan ketidaktentuan, kekurangan buruh dan kos bahan yang lebih tinggi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan HDB pada Selasa, ketua pegawai eksekutifnya, Encik Tan Meng Dui, berkata HDB menyerap kos yang meningkat itu untuk memastikan harga mampu milik bagi rakyat Singapura.

Justeru, HDB mengalami defisit bersih $5.4 bilion sebelum geran pemerintah pada FY2022 berbanding $4.4 bilion pada FY2021.

Jangkaan kerugian bagi flat yang sedang dibangunkan adalah $2.7 bilion, berbanding $2.3 bilion pada FY2021, manakala kerugian kasar jualan flat hampir dua kali ganda daripada $659 juta pada FY2021 kepada $1.2 bilion pada FY2022.

Sementara itu, HDB memberikan geran perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sebanyak $686 juta kepada pembeli flat jualan semula dan kondominium eksekutif yang layak pada FY2022, turun daripada $849 juta pada FY2021.

Penurunan dalam jumlah geran perumahan CPF selaras dengan penurunan dalam bilangan transaksi flat jualan semula dari 2021 hingga 2022.

Secara berasingan, HDB meningkatkan jumlah kerja membaiki flat sewa pada FY2022, membelanjakan sekitar $141 juta, naik daripada $121 juta pada FY2021.

HDB juga membelanjakan $558 juta pada FY2022 untuk kerja pembinaan dan naik taraf di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP), naik lebih 40 peratus berbanding $392 juta pada FY2021.

Dalam kenyataan HDB yang sama, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata:

“Perumahan adalah asas kompak sosial kami. Pemerintah akan terus menyokong rakyat Singapura dalam pembelian rumah.

“Pada FY2022, kami meningkatkan perbelanjaan kami bagi memastikan perumahan awam mampu dimiliki dan mudah diakses rakyat Singapura.

“Kami juga sedang membina lebih banyak flat di lokasi utama dan pusat, yang secara semula jadi menguasai nilai pasaran lebih tinggi memandangkan lokasi dan sifatnya yang menarik.”

Sejak 2021, HDB telah meningkatkan bekalan flat baru dengan ketara, dan dijadualkan melancarkan 100,000 unit rumah baru menjelang 2025 bagi memenuhi permintaan yang kukuh, tambah Encik Lee.

Di samping itu, HDB melancarkan hampir 10,000 flat pada November 2022 yang merupakan pelancaran jualan terbesar setakat ini.

Untuk memastikan rumah flat sedemikian dimampui, diakses dan inklusif bagi lebih ramai rakyat Singapura, pemerintah memperkenalkan model perumahan awam lokasi utama (PLH), yang pertama kali dilancarkan pada proses jualan BTO pada November 2021.

Model PLH memberikan subsidi tambahan, Tempoh Penginapan Minimum (MOP) lebih lama, serta ‘pemerolehan semula subsidi’ dan syarat jualan semula dan sewa yang lebih ketat.

“Ini (subsidi tambahan) tidak termasuk diskaun pasaran besar yang HDB sediakan untuk semua flat baru.

“Melangkah ke hadapan, rangka kerja Standard, Plus dan Prime akan membolehkan kami mengekalkan perumahan awam, termasuk rumah di lokasi pilihan, boleh dimampu rakyat Singapura, memastikan pergaulan sosial yang baik, dan memastikan sistem adil dan mampan,” jelas Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >