Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar tinjauan isi rumah, fahami keperluan penduduk

Oct 23, 2023 | 06:07 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan Tinjauan Sampel Isi Rumah (SHS) 2023/24 ke-12 bagi mendapatkan maklum balas penduduk mengenai perumahan awam dan memahami keperluan dan jangkaan mereka yang berubah.

Menurut kenyataan HDB yang dikeluarkan pada Isnin, tinjauan ini berlangsung dari bulan ini sehingga April tahun depan.

Sebanyak 8,600 isi rumah dan penghuni yang duduk sendiri di bandar dan estet HDB seluruh Singapura, dijangka mengambil bahagian dalam tinjauan ini.

Diadakan setiap lima tahun sejak 1968, SHS akan merangkumi tiga bahagian utama, termasuk pandangan penduduk dan isi rumah HDB, kesejahteraan sosial penduduk, serta kepuasan penduduk terhadap persekitaran fizikal dalam estet perumahan mereka.

Tinjauan ini juga memberi tumpuan kepada beberapa aspek baru, seperti keperluan perumahan dan aspirasi penghuni yang duduk di rumah sendiri, serta kesan gaya hidup penduduk terhadap kesejahteraan mereka.

Era pascapandemik juga membawa peluang yang sesuai melalui SHS untuk menyelidiki cara prasarana fizikal dan sosial dapat menyokong masyarakat dalam menghadapi kejutan dan tekanan dalam situasi kritikal seperti pandemik itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, berkata:

“Seni reka bentuk, pembinaan dalam memberikan nafas baru kepada rumah dan estet HDB adalah proses berterusan, terutamanya apabila ekonomi dan masyarakat kita berkembang serta aspirasi perumahan penduduk berubah. Inilah sebabnya HDB kerap mengumpul maklum balas daripada penduduk, seperti melalui SHS.

“Sila kongsi pandangan anda dengan rakan sekerja HDB saya, supaya kami boleh membuat penambahbaikan yang bermakna pada dasar dan reka bentuk perumahan awam kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.”

Surat pemberitahuan akan dihantar kepada penduduk HDB secara berkelompok, untuk mengundang mereka mengambil bahagian dalam tinjauan ini, yang boleh dijalankan secara bersemuka atau dalam talian.

Tinjauan tersebut akan dijalankan oleh kakitangan Media Research Consultants (MRC) Pte Ltd, yang akan membawa pas pengenalan syarikat mereka dan Surat Kebenaran HDB bersama mereka apabila mereka membuat kunjungan.

Keputusan untuk SHS 2023/24 dianggarkan siap pada 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >