Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan harga flat jualan semula HDB suku ketiga lebih perlahan

Oct 27, 2023 | 04:53 PM



Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada suku ketiga 2023, dengan kenaikan sebanyak 1.3 peratus.

Kadar kenaikan itu lebih perlahan daripada purata kenaikan suku tahunan sebanyak 2.5 peratus pada 2022.

Ini merupakan kenaikan harga suku ke-14 berturut-turut sejak suku kedua 2020, berdasarkan data yang dikeluarkan HDB pada Jumaat, lapor The Straits Times.


Kenaikan harga pada suku ketiga lebih perlahan daripada kenaikan 1.5 peratus pada suku sebelumnya.

HDB berkata ia melihat kadar kenaikan harga jualan semula yang lebih sederhana sejak pemerintah melaksanakan pelan menambah bekalan flat, dan langkah penyejukan hartanah untuk menggalak pasaran hartanah yang stabil dan mampan.

Langkah penyejukan hartanah itu termasuklah tempoh menunggu 15 bulan bagi pemilik hartanah privet yang ingin membeli flat jualan semula HDB. Peraturan baru itu diperkenalkan pada September 2022.

Had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) bagi pinjaman HDB juga diturunkan dua kali -– daripada 90 peratus kepada 85 peratus pada Disember 2021 dan kepada 80 peratus pada September 2022, dalam usaha menggalak peminjam yang berhemah, kata HDB.

Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di firma hartanah OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata kenaikan harga pasaran jualan semula pada 2023 jelas lebih perlahan, pada kadar kurang 2 peratus setiap suku tahunan.

Sebagai perbandingan, harga suku tahunannya naik lebih 2 peratus bagi setiap suku tahun pada 2022, dan lebih 2.9 peratus pada 2021.

“Trend ini menunjukkan langkah penyejukan (hartanah) dan bekalan perumahan yang bertambah cukup berkesan dalam mengurangkan kenaikan harga,” jelas beliau.

Pengarah kanan analisis data di Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck, pula berkata sebilangan pembeli masih sanggup membayar lebih untuk flat tanpa sekatan jualan semula di kawasan matang, yang menyumbang kepada kenaikan harga.

Di bawah sistem klasifikasi baru flat HDB yang akan berkuatkuasa mulai separuh kedua 2024, flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di lokasi pilihan lebih menarik akan berada di bawah kategori Prime dan Plus, dengan syarat jualan semula lebih ketat, termasuk tempoh penginapan minimum 10 tahun sebelum flat boleh dijual.

Sejumlah 6,695 flat jualan semula HDB dijual beli pada suku ketiga 2023, naik 2.8 peratus berbanding 6,514 pada suku sebelumnya.

Berdasarkan data kilat HDB, jumlah jualan semula flat turun sebanyak 11.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2022, apabila 7,546 flat dijual beli.

Menurut data HDB, flat lima bilik di Bishan adalah flat termahal pada suku ketiga, dengan harga median atau nilai tengah $929,000, naik daripada $880,000 pada suku kedua.

Ini diikuti flat di kawasan Queenstown, dengan harga median $928,000 bagi flat empat bilik.

Terdapat 128 urus niaga flat bernilai sekitar sejuta dolar pada suku ketiga 2023.

HDB turut berkata bagi 2023, ia telah melancarkan kira-kira 16,700 flat BTO setakat ini untuk dijual, dan menjangka dapat melancarkan sehingga 23,000 flat BTO bagi seluruh tahun ini.

Disember ini, sekitar 6,000 flat BTO akan ditawarkan di bandar termasuk Bukit Panjang, Jurong West, Woodlands, Bedok, Bishan, Bukit Merah dan Queenstown.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >