Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hotel Raffles S’pore, Capella antara 50 Hotel Terbaik Dunia

Sep 20, 2023 | 05:26 PM



Dua hotel Singapura telah dinamakan dalam senarai 50 Hotel Terbaik Dunia, dengan hampir separuh daripada senarai itu berpusat di Eropah.

Hotel Raffles Singapore meraih tempat ke-17, manakala hotel resort mewah Sentosa Capella berada di kedudukan ke-28.

Keputusan itu diumumkan di majlis anugerah di London pada malam Selasa (pagi Rabu, waktu Singapura).

Hotel Passalacqua di Lake Como, Italy mendahului senarai itu, dengan Rosewood Hong Kong dan Four Seasons Bangkok di Sungai Chao Phraya masing-masing mengambil tempat kedua dan ketiga.

Senarai itu dihasilkan oleh syarikat media British William Reed – yang juga menghasilkan senarai 50 Restoran Terbaik Dunia dan 50 Bar Terbaik Dunia. Ini adalah percubaannya yang pertama dalam bidang pelancongan.

Senarai 50 Hotel Terbaik Dunia disusun melalui undian daripada Akademi 50 Hotel Terbaik Dunia, yang terdiri daripada 580 pengusaha hotel global, wartawan pelancongan, pendidik dan pengembara mewah, dan diketuai oleh sembilan pengerusi akademi.

Mana-mana hotel di seluruh dunia – daripada hotel butik terpencil hingga resort pantai mewah yang luas – boleh dipertimbangkan oleh ahli panel.

Pengundi diminta untuk mempertimbangkan pelbagai faktor daripada titik hubungan pertama di kaunter penerimaan tetamu, ke bilik dan kemudahannya, restoran dan tawaran bar hotel, sehinggalah mereka mendaftar keluar.

Pengarah Urusan Raffles Singapore, Encik Christian Westbeld, berkata:

“Kami amat bangga kerana perkhidmatan kami yang terkenal di dunia, yang memberikan pengalaman yang sentiasa relevan dan sentiasa berkembang, telah melangkaui pantai Singapura dan diiktiraf oleh Akademi (50 Hotel Terbaik Dunia).”

“Kami juga berbesar hati, bukan sahaja kerana dapat mengibarkan bendera jenama Raffles dengan setinggi-tingginya, tetapi juga kerana dapat mewakili Singapura di pentas global.”

Capella, yang dibuka pada Mac 2009, mempunyai 112 bilik tamu, suite dan vila yang luas, serta dua rumah manor (rumah besar yang dibina di Eropah) kolonial dan pelbagai burung merak yang berkeliaran di kawasan tersebut.

“Dengan Capella Bangkok di tempat ke-11 dan Capella Singapura disenaraikan di tempat ke-28, kami berharap dapat terus memberi inspirasi kepada pelancong untuk merasai permata tersembunyi dan budaya tempatan yang meriah di mana hotel kami berada,” kata Encik Cristiano Rinaldi, presiden Capella Hotel Group.

“Kami juga teruja pasukan hotel kami diiktiraf atas perkhidmatan cemerlang dan semangat mereka terhadap layanan, kerana mereka terus mentakrifkan semula perkataan ‘luar biasa’ dalam industri kami, mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk tetamu kami,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >