Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran usah guna 4 produk kurus dan mati pucuk

Jul 12, 2023 | 06:42 PM



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran agar orang ramai tidak membeli atau memakan empat produk tertentu kerana mengandungi bahan kuat dan terlarang dan telah menyebabkan kesan teruk kepada beberapa pengguna termasuk seorang yang dimasukkan ke hospital.

Empat produk itu adalah ‘Enru Plus+’, ‘HKT Herba Kurus Tradisi’, ‘Pill Hua Luo Cin Tan’ dan ‘Spinach Ginseng Herb Sugar’.

Pemeriksaan awal HSA mendapati produk tersebut dikesan mengandungi bahan steroid, bahan untuk menguruskan badan terlarang sibutramin serta bahan untuk merawat mati pucuk, tadalafil.

Dalam kenyataannya pada Rabu, HSA berkata tiga daripada produk itu telah menyebabkan kesan teruk kepada empat pengguna yang mana salah seorang daripada mereka telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sindrom Cushing di mana wajah menjadi bengkak.







Seorang wanita yang memakan Enru Plus+ mengalami kesesakan nafas dan degupan jantung pantas mendadak atau palpitasi sementara seorang lagi wanita menghidap palpitasi dan rasa mabuk, kata HSA.

Seorang lagi wanita menghidap insomnia teruk – iaitu keadaan tidak boleh tidur – dan degupan jantung mendadak selepas memakan HKT Herba Kurus Tradisi.

“Kededua produk itu dipasarkan dalam talian sebagai produk menguruskan badan dan dilabel sebagai produk yang mengandungi bahan semula jadi,” kata HSA.

HKT Herba Kurus Tradisi juga mendakwa ia kononnya produk “100 peratus herba” dan tidak mempunyai “bahan terlarang”.

Sebalik dakwaan itu, HSA mendedahkan hasil pemeriksaan kedua-dua Enru Plus+ dan HKT Herba Kurus Tradisi , ia didapati mengandungi paras tinggi bahan sibutramin.


Sibutramin adalah ubat preskripsi bagi menguruskan berat badan yang dilarang di Singapura sejak 2010 kerana berupaya menyebabkan kesan serius seperti meningkatkan risiko serangan penyakit jantung dan angin ahmar.


Pengguna keempat mengalami kesan teruk pula adalah seorang lelaki berusia 50 tahun, yang dimasukkan ke dalam hospital selepas menggunakan Pill Hua Luo Cin Tan sepanjang satu bulan.







Selepas memakan ubat itu bagi jangka masa tersebut, lelaki itu mula menghidap simptom sindrom Cushing, satu keadaan serius disebabkan steroid yang membuat wajah pengguna menjadi bengkak, sementara paras kortisol darah tidak normal.


Beliau juga mengalami relaps hepatitis yang menyebabkan inflamasi di hatinya secara serta-merta.


Lelaki itu membeli produk tersebut dari sebuah kedai singse di Malaysia bagi merawat kesakitan di pergelangan tangan dan ubat itu dikesan mengandungi beberapa bahan steroid kuat serta bahan meredakan kesakitan.


Produk keempat Spinach Ginseng Herb Sugar, pula dikesan oleh pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam sebuah bungkusan dan pihak HSA diberitahu mengenai hal tersebut.

Produk itu mengandungi tadalafil yang hanya boleh diperoleh menerusi preskripsi di sini bagi merawat keadaan mati pucuk.







Ia dibungkus sebagai gula-gula dan dipasarkan sebagai ubat perangsang daya seksual lelaki dengan beberapa dakwaan melampau seperti ‘menguatkan tisu jantung’ dan memperbaiki sistem endokrin.


HSA berkata keempat-empat produk itu di beberapa platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, Carousell dan Qoo10 oleh penjual dari Singapura dan Malaysia.

Penguasa itu telah bekerjasama dengan pengendali platform tersebut untuk mengeluarkan iklan-iklan produk itu dan memberi amaran kepada mereka.

Ia juga memberitahu pihak berkuasa di Malaysia mengenai produk tersebut.


Mereka yang telah menggunakan Spinach Ginseng Herb Sugar digesa untuk mendapatkan rawatan oleh doktor serta merta.

Pengguna dinasihatkan supaya jangan berhenti daripada memakan produk itu secara tersendiri tanpa penyeliaan perubatan, kerana jika itu berlaku ia boleh memburukkan keadaan.


Sementara itu, HSA menggesa agar mereka yang telah memakan baki tiga produk lain itu untuk langsung berjumpa doktor jika rasa diri tidak sedap badan atau prihatin terhadap keadaan kesihatan masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >