Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sirap batuk kodin haram bernilai $150,000 dirampas HSA, polis

Jul 01, 2023 | 03:31 PM



Kira-kira 190 liter sirap batuk kodin haram bernilai $150,000, serta lebih daripada $680,000 wang tunai telah dirampas pada bulan Jun.

Dalam operasi bersama yang menyasarkan sindiket kodin haram, yang terbesar seumpamanya sejak 2019, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan pegawai polis dari Bahagian Polis Bedok turut merampas 34 vep elektronik, lapan paket rokok tidak berbayar dan pelbagai jenis pil.

Sindiket itu, yang didakwa membekalkan produk kesihatan tidak berdaftar seperti sirap batuk dan ubat-ubatan, menjalankan aktiviti haram di pelbagai lokasi di seluruh pulau termasuk di klinik berlesen di Bishan dan sekitar Lorong 34 Geylang.

Susulan operasi pada 14 hingga 16 Jun lalu, enam lelaki, berusia antara 37 tahun hingga 61 tahun sedang disiasat.

Mereka disiasat atas kesalahan di bawah Akta Produk Kesihatan, Akta Kastam dan Akta Tembakau, kata HSA, polis dan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu.

Antara enam, empat ditahan sebagai disyaki ahli pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Pertubuhan dan disiasat untuk kesalahan lanjut di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain.

Siasatan awal mendapati bekalan kodin didakwa diperoleh dari klinik di Bishan sebelum diproses untuk penjualan haram di Geylang di sebuah unit kediaman di Choa Chu Kang Avenue 3.

MOH sedang menyiasat sebuah klinik di Bishan, dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang perlu jika siasatan mengesan sebarang pelanggaran Akta Hospital Swasta dan Klinik Perubatan, kata kenyataan itu.

Pengamal perubatan juga akan dirujuk kepada Majlis Perubatan Singapura sekiranya terdapat sebarang kesalahan profesional.

Pengarah Cawangan Penguatkuasaan HSA, Cik Annie Tan berkata: “Usaha kerjasama antara Polis dan HSA telah membolehkan kami membongkar dan menangkis bekalan haram sirap batuk dan ubat-ubatan lain, sekali gus mengelakkan bahaya selanjutnya kepada orang ramai.

“HSA akan terus meningkatkan usaha penguatkuasaan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam operasi serbuan di kawasan sasaran untuk membanteras bekalan haram ubat-ubatan tersebut.”

Sesiapa yang disabitkan kesalahan mengimport, mengilang atau membekalkan produk kesihatan yang menyalahi undang-undang, atau gabungan di atas, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga $50,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >